|
Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkata dia tidak menyangka jodohnya dengan suami, Dr Rushdi Ramli masih panjang.
Memetik Astro Gempak, Nora yang menarik semula permohonan cerai berkata keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan panjang serta yakin apa yang belaku telah ditentukan oleh Allah. “Sebenarnya sebelum ini Dr Rushdi pernah membuat permohonan supaya saya menarik balik kes, tetapi ketika itu saya masih 50-50. “Namun untuk hari ini, saya ambil keputusan dan saya percaya dengan ketentuan Allah. Allah telah menentukan bahawa jodoh kami masih panjang. Saya yakin apa yang berlaku ini adalah kehendak Allah,” katanya. Sementara itu, Nora berharap tahun 2026 akan menjadi lebih tenang buat dirinya dan mengakui Dr Rushdi sebenarnya seorang suami yang baik. “Selain gangguan yang berlaku, dia sebenarnya seorang suami yang baik. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Dalam keadaan sekarang, ramai pasangan berpisah. Kita tidak boleh mengharapkan perkahwinan yang sempurna, tetapi kita sendiri perlu berusaha menjadi lebih baik. Insya-Allah,” katanya. Sementara itu, peguam mewakili Dr Rushdi memaklumkan Nora membuat penarikan semula permohonan itu secara bersyarat itiu memastikan tiada sebarang gangguan daripada pihak ketiga. “Plaintif Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan. Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, beliau memohon agar penarikan tersebut dibuat secara bersyarat, iaitu tiada sebarang gangguan daripada pihak ketiga,” katanya Sumber: Astro Gempak, Rotikaya
|



ADVERTISEMENT