|
Selebriti Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran. Menerusi hantaran di Threads, anak kepada usahawan kosmetik Kak Ton itu berkata, memuat naik video dan membuat tuduhan mengenai kehidupan peribadi orang lain adalah satu fitnah. “Memuat naik hantaran video individu dan membuat tuduhan mengenai kehidupan peribadi can constitute defamation and breach privacy laws (including PDPA),” katanya. Menyifatkan tindakan menjaga tepi kain orang sebagai tidak berfaedah, Nadia tampil memberi peringatan kepada masyarakat di luar sana agar tidak mengambil tahu kehidupan orang lain. “Just a kind reminder untuk orang yang suka menyibuk, jangan sampai satu hari kau kena saman sebab perangai yang tak ada faedah ni,” katanya. Nadia mengulas perkara itu susulan tindakan seorang warganet yang secara terbuka menyebarkan foto dan video individu lain, selain menuduh wanita terbabit menjalinkan hubungan tidak senonoh dengan seorang lelaki seperti yang dipaparkan dalam gambar. |

prettyuglybabe replied at 29-1-2026 01:37 PM
i lebih berminat cerita yang last tu..
napa laki dan pompuan tu dicari ek?
prettyuglybabe replied at 29-1-2026 01:37 PM
i lebih berminat cerita yang last tu..
napa laki dan pompuan tu dicari ek?
dani-rox replied at 29-1-2026 10:15 PM
tukang post yg last tu bole tahan femes gak dlm threads. mcm ayat org jantan pun ada. bitter dan jel ...
Tinot7 replied at 30-1-2026 02:11 AM
Sapa ni? Tak kenai
Hanzeviera replied at 30-1-2026 10:15 AM
nadia ni lawa betul. Pernah terserempak depan depan feloles je




hayrin86 replied at 30-1-2026 09:19 AM
Dia bukan artis sejak dulu lagi cuma dia hanya pengacara aje.
ADVERTISEMENT