|
WASHINGTON – Bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter menyokong cadangan memboikot kejohanan Piala Dunia 2026 ekoran kelakuan Presiden Donald Trump dan pentadbirannya di dalam dan luar Amerika Syarikat(AS), lapor portal berita The New Arab semalam. Blatter merupakan tokoh bola sepak antarabangsa terbaharu mempersoalkan kesesuaian AS sebagai negara tuan rumah. Beliau merupakan presiden badan pentadbir bola sepak dunia itu dari 1998 hingga 2015 sebelum meletak jawatan di tengah-tengah siasatan terhadap kes rasuah Blatter menyeru boikot itu dalam catatan dalam aplikasi X sekali gus menyokong komen Mark Pieth temu bual bersama akhbar Switzerland, Der Bund pada minggu lalu. Pieth yang merupakan seorang peguam dan pakar jenayah kolar putih, mempengerusikan pengawasan Jawatankuasa Tadbir Urus Bebas terhadap pembaharuan FIFA sedekad yang lalu. Dalam temu bualnya dengan Der Bund, Pieth berkata: “Jika kita mempertimbangkan semua yang telah kita bincangkan, hanya ada satu nasihat untuk peminat: Jauhi Amerika Syarikat! Anda akan melihatnya dengan lebih baik di televisyen. “Sebaik sahaja tiba (di AS), peminat perlu menjangkakan bahawa jika mereka tidak menggembirakan hati pegawai, mereka akan terus dimasukkan ke penerbangan seterusnya untuk pulang,” tambahnya. Dalam catatan di X, Blatter memetik Pieth dan menambah: “Saya fikir Mark Pieth betul dalam mempersoalkan Piala Dunia ini.” AS akan menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai depan. Kebimbangan komuniti bola sepak antarabangsa terhadap negara itu berpunca daripada sikap ekspansionis Trump di Greenland, larangan perjalanan dan taktik agresif dalam menangani pendatang dan penunjuk perasaan penguatkuasaan imigresen di bandar-bandar Amerika, terutamanya Minneapolis. Salah seorang naib presiden persekutuan bola sepak Jerman, Oke Göttlich, memberitahu akhbar Hamburger Morgenpost dalam satu temu bual Jumaat lalu bahawa masanya telah tiba untuk mempertimbangkan secara serius untuk memboikot Piala Dunia. – AGENSI
|
sharlenetexas replied at 29-1-2026 12:47 PM
Last fifa world cup kat us tahun 1996 ke tahun bila?
Skuau replied at 29-1-2026 09:12 PM
kita boikot US main jer...team lain main...nak nengok...jugak....
4g67 replied at 30-1-2026 09:22 AM
Lagipun takde pun pasukan kita
ADVERTISEMENT