CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa rasuah AS$20,000, bayaran tiket penerbangan - “Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan”

29-1-2026 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14438| Komen: 24

 



KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Razali Alias didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan dalam dolar Amerika Syarikat (AS), berjumlah AS$20,000 (RM78,650) serta menerima bayaran tiket kapal terbang ke luar negara bagi isterinya berjumlah RM64,600.

Bagaimanapun Mohd. Razali, 60, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan,” Mohd. Razali.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Razali didakwa telah secara rasuah menerima baginya suatu suapan iaitu wang berjumlah AS$20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO Angkatan Tentera Malaysia (ATM), meluluskan sijil pengesahan dan penerimaan perkhidmatan.

Ia yang mana untuk tujuan pembayaran bagi Perolehan Perkhidmatan Senggaraan dan Perkhidmatan Sokongan Sistem pPusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, di sini antara di antara bulan Ogos dan November 2024.

Justeru pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000.00 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh didakwa sebagai jawatan sama telah menerima untuk isterinya dua benda berharga masing-masing pembayaran berjumlah RM26,800 dan RM37,800 bagi dua pembelian tiket penerbangan pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Malaga, Sepanyol serta Kuala Lumpur dan Estonia tanpa balasan daripada lelaki sama iaitu merupakan pengarah sebuah syarikat yang tertuduh ketahui mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa di lakukan di tempat sama masing-masing pada 15 November 2024 dan 28 April 2025 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Suzana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Mac ini bagi sebutan semula kes. 


Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 29-1-2026 12:38 PM
satu-satu keluar... tahniah semua
Quote sharlenetexas 29-1-2026 12:46 PM
Pengkhianat negara. Kasi dan pancung.


Quote piyek92 29-1-2026 12:47 PM
gila dasyat semua jerung2 woooohh.... dalam sejarah ni. terbaik lah chegubard tukang dedah perasuah
Quote anarina 29-1-2026 02:02 PM
Search nama bini dia ni tak jumpa eh
Quote prince_marhaen 29-1-2026 02:29 PM
Bini bini diorang ni semua bekas 'ye-ye' ke? kemain lagi masing2 bercuti lah, barang ratus juta lah.... semua sebab betina.
Quote scorpionkiki 29-1-2026 02:35 PM
Patutlah sampai kapal kita hilang tak jumpa. Tak amanah
Quote Purestteam1 29-1-2026 02:47 PM
laki bini buat projek ye
Quote Skuau 29-1-2026 03:10 PM
Tidak mengaku bersalah...maksudnya...bersalah..tapi tak nak mengaku....ke????
Quote KamikuP 29-1-2026 03:50 PM
Perut boyak makan rasuah moga keturunan depa yg makan rasuah ni semua lembam, spastik dan terencat akal serta bantut pertumbuhan tubuh badan ... AAmin
Quote cmf_PariS 29-1-2026 03:52 PM
yeye team  hahahahha
Quote BoongaKertas 29-1-2026 03:55 PM
kalau mcm gini level rasuah bhgn keselamatan kita, seram plak memikir keselamatan msia ni dlm tgn puak2 cenggini.
Quote Decaffeinated 29-1-2026 05:03 PM
aku percaya amalan rasuah ni bukan tiba2 ja ada, in fact dah berakar umbi sampai sudah dianggap normal.

respek sungguh geng2 anti rasuah sekarang. walau pun sebelum2 ni pernah ada macam2 slogan tapi baru sekarang nampak betul2 buat.

Quote dani-rox 29-1-2026 06:33 PM
Akak tetap sokong hukuman gantung sampai mati paling sesuai utk pegawai tinggi kerajaan.

Dia org sanggup ambik risiko memudaratkan keselamatan negara dan nyawa rakyat, jd setimpal lah bg mampos je barua2 nih.
Quote gangerina 29-1-2026 06:41 PM
ni yg dulu ada kuar gambar holiday kat Europe in ES channel kan...akhirnyaaa....
Quote Skuau 29-1-2026 07:16 PM
dani-rox replied at 29-1-2026 06:33 PM
Akak tetap sokong hukuman gantung sampai mati paling sesuai utk pegawai tinggi kerajaan.

Dia org s ...

mana la wak nak pinda undang2 tu...
Quote kotakbaju 29-1-2026 07:25 PM
piyek92 replied at 29-1-2026 12:47 PM
gila dasyat semua jerung2 woooohh.... dalam sejarah ni. terbaik lah chegubard tukang dedah perasuah

Tertanya jugak meols macam mana agaknya keselamatan chegu bad tu, risau kot ada ancaman kat dia sebab berani dedahkan semua ni
Quote blue_blur 29-1-2026 07:40 PM
kotakbaju replied at 29-1-2026 07:25 PM
Tertanya jugak meols macam mana agaknya keselamatan chegu bad tu, risau kot ada ancaman kat dia se ...

rasanya, ada backup besar belakang tu.... perisikan backup dia pun bukan kaleng2.. tunggu masa je nak proceed... (kalau betul lah)
Quote lostnfaun 29-1-2026 08:31 PM
Tak nampak plak SPRM bawa dia pakai baju oren untuk tahan reman.
Quote sharlenetexas 29-1-2026 08:34 PM
KamikuP replied at 29-1-2026 03:50 PM
Perut boyak makan rasuah moga keturunan depa yg makan rasuah ni semua lembam, spastik dan terencat a ...

Semoga cepat mereput.


Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.165907 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top