CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya akan lelong sebelah selipar untuk bayar duit ganti kepada Teresa Kok' - Jamal Md Yunos

29-1-2026 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14447| Komen: 1

 


Kuala Lumpur: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos akan melelong sebelah selipar miliknya untuk melunaskan kos penghakiman tertunggak berjumlah RM66,061.85 kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam kes saman fitnah.

Dalam video tular di media sosial, Jamal berkata, dia akan menjual seliparnya itu bagi membayar tuntutan berkenaan.

"Insya-Allah dengan RM66,000 tuntutan daripada Teresa Kok kononnya nak sita barang perabot rumah saya. Saya rasa hajat dia takkan tercapai dalam sehari dua ini.

"Saya akan lelong sebelah selipar saya untuk bayar duit ganti kepada Teresa Kok," katanya dalam video berkenaan yang dikongsikan sejak semalam. 

Semalam media melaporkan, sebanyak 14 harta alih disita dari kediaman Jamal selepas beliau gagal menjelaskan penghakiman tertunggak berjumlah RM66,061.85 kepada Teresa dalam kes saman fitnah.

 Peguam Datuk SN Nair, yang mewakili Kok, berkata Penolong Kanan Pendaftar bersama bailif dan peguam G Maniggan dan daripada firma guaman SN Nair & Partners serta pegawai polis tiba di kediaman ahli politik itu di Ampang Jaya, Selangor untuk melaksanakan writ penyitaan dan penjualan pada 11.42 pagi.

Terdahulu media turut melaporkan, polis bersama pegawai mahkamah hadir ke kediaman Jamal bagi melaksanakan writ penyitaan dan penjualan selepas penghuni rumah gagal memberikan respons terhadap panggilan dan loceng pintu.

Kes itu berpunca daripada saman yang difailkan oleh Teresa pada 6 April 2017 susulan dakwaan Jamal membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung pengurusan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dalam satu sidang media pada 8 Mac tahun sama.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa dakwaan fitnah tersebut berjaya dibuktikan dan seterusnya menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada Teresa, selain kos guaman berjumlah RM50,000.

Pada 30 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Jamal untuk mendapatkan kebenaran merayu, sekali gus menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai muktamad dan berkuat kuasa.

Sementara itu, Jamal akan membuat laporan polis berhubung kesalahan laksana perintah mahkamah ketika proses sitaan harta alih di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Berdasarkan jemputan liputan yang diedarkan kepada pengamal media ia dijangka dibuat pada 3 petang ini. 


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 29-1-2026 05:35 PM
dah bersalah memfitnah pun masih tak lupa cakap Insha-Allah.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.180973 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top