CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri punca kakitangan Klinik Kesihatan Jalan Perak pengsan mendadak

29-1-2026 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15000| Komen: 20

 



Georgetown: Kakitangan wanita di Klinik Kesihatan Jalan Perak di sini, mengalami sesak nafas sebelum pengsan dipercayai berpunca kebocoran gas.

Mangsa yang juga juru teknologi makmal berusia 43 tahun itu diberi rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.13 pagi tadi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dipanggil bagi melakukan khidmat khas mengenalpasti punca kebocoran dengan dibantu anggota dari BBP Lebuh Pantai serta BBP Bayan Baru.

"Insiden itu menyebabkan seorang kakitangan klinik mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri namun sudah dibawa ke HPP sebelum pasukan penyelamat tiba.

 "Pasukan penyelamat memakai pakaian pelindungan diri lengkap. Mereka melakukan pemantauan bagi mengesan punca kebocoran gas," katanya.

Mengulas lanjut John berkata, hasil pemantauan oleh pasukan HAZMAT mendapati tiada unsur kebocoran gas atau tumpahan bahan kimia di kawasan terbabit.

Katanya, bacaan kandungan oksigen di ruang berkenaan juga berada pada paras normal iaitu 21 peratus.

"Pasukan bomba membuka tingkap bagi tujuan pengudaraan (ventilation) untuk menstabilkan kandungan udara di ruang terbabit.

"Keadaan disahkan selamat dengan bacaan kandungan oksigen berada pada tahap normal sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.06 pagi," katanya lagi. 


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 29-1-2026 02:46 PM
siannya.. moga dipermudahkan
Quote slavehunter 29-1-2026 02:48 PM
Kenapa nak post article berita kena letak emoji ni?-

You think the news funny?

Apa apa pun semoga Nurse tu kembali pulih sihat Dan sembuh dgn cepat amin .
Quote Skuau 29-1-2026 03:36 PM
Tadaq penjelasan 'saintifik...'...kena 'sapa' ke???
Quote afie_m 29-1-2026 03:42 PM
semoga cepat sembuh
Quote kakikuDibibirmu 29-1-2026 03:49 PM
Sudah mula kluster virus pokok nipah. Tazzabar nak PKP
Quote xtahumenahu 29-1-2026 04:44 PM
slavehunter replied at 29-1-2026 02:48 PM
Kenapa nak post article berita kena letak emoji ni?-

You think the news funny?

Rasanya sebab font tu...huruf 'P'
Quote Decaffeinated 29-1-2026 05:15 PM
dalam lab kan? ada simpan Nitrogen tak? Gas Nitrogen itself harmless tapi kalau terlepas dalam kuantiti yang banyak dalam ruang tertutup boleh mengubah komposisi dan menurunkan kadar oksigen dalam udara.

kat company aku dulu ada pekerja kontraktor penyenggaraan sampai meninggal sebab 'keracunan' Nitrogen. Jangan memain.
Quote Decaffeinated 29-1-2026 05:18 PM
slavehunter replied at 29-1-2026 02:48 PM
Kenapa nak post article berita kena letak emoji ni?-

You think the news funny?

bukan emoji tapi kalau you type ;+P rapat, Cari punya word editor akan auto convert jadi emoji. Test

Quote FOTHER-MUCKER 29-1-2026 07:17 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-1-2026 03:18 AM
slavehunter replied at 28-1-2026 10:48 PM
Kenapa nak post article berita kena letak emoji ni?-

You think the news funny?

Ada emoji yang jadi seperti ini - ????????????????????????????????????????
Quote slavehunter 29-1-2026 07:20 PM
xtahumenahu replied at 29-1-2026 04:44 PM
Rasanya sebab font tu...huruf 'P'

Oh okay baru tahu. Ok TT Cari MRO sorry Tau.
Quote Skuau 29-1-2026 07:20 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-1-2026 03:49 PM
Sudah mula kluster virus pokok nipah. Tazzabar nak PKP

Kurangkan subsidi pokok nipah....
Quote slavehunter 29-1-2026 07:24 PM
Decaffeinated replied at 29-1-2026 05:18 PM
bukan emoji tapi kalau you type ;+P rapat, Cari punya word editor akan auto convert jadi emoji. Te ...

Oh okay baru tahu..... kira ala ala type zaman MIRC dulu la? :-)  , A/S/L? , ;-(, Xoxo

Okay faham. Sorry Tau ingat sengaja gelakkan staff nurse ni, sebab tiada punca kebocoran gas.
Quote slavehunter 29-1-2026 07:25 PM
FOTHER-MUCKER replied at 29-1-2026 07:17 PM
Ada emoji yang jadi seperti ini - ????????????????????????????????????????

Really?  Panjang nye.
Quote slavehunter 29-1-2026 07:29 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-1-2026 03:49 PM
Sudah mula kluster virus pokok nipah. Tazzabar nak PKP

Itu lah pasal Nipah pulak dah kena scan kat airports.
Quote ninja boy 29-1-2026 08:13 PM
Huruf P berkurun forum automatic jadi emoji mmg x boleh gimana lagi
Quote PULANGKAN 29-1-2026 08:39 PM
wait, so apa puncanya?? kenapa ramai2 pengsan berjemaah??????
Quote Decaffeinated 30-1-2026 10:00 AM
slavehunter replied at 29-1-2026 07:24 PM
Oh okay baru tahu..... kira ala ala type zaman MIRC dulu la? :-)  , A/S/L? , ;-(, Xoxo

Okay faha ...

Ya betul

Dalam porum ni dua code emoji yang aku hafal dan prefer to type ja -

; P = emoji tutup mulut
: lol : = emoji gelak

Kena taip rapat
Quote Decaffeinated 30-1-2026 10:00 AM
PULANGKAN replied at 29-1-2026 08:39 PM
wait, so apa puncanya?? kenapa ramai2 pengsan berjemaah??????

Ramai ka?
Quote TeropongThaico 30-1-2026 10:46 AM
Jd skrg apa puncanya?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.157234 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top