|
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan terhadap cubaan mempromosikan semula ajaran sesat Ahmadi Religion di negeri ini, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan sewajarnya sudah diambil JAINJ, termasuk menurunkan bahan-bahan promosi yang dikenal pasti membabitkan ajaran berkenaan. Beliau berkata, ajaran Ahmadi Religion sudah difatwakan sebagai sesat, dan penyebaran fahaman tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi di Johor. "Sehubungan itu, JAINJ sentiasa menjalankan pemantauan berterusan terhadap sebarang aktiviti, penerbitan atau bahan promosi yang berkaitan dengan ajaran sesat bagi memastikan ia tidak disebarkan kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Mohd Fared turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam usaha memelihara kesucian akidah umat Islam serta memastikan ajaran yang bercanggah dengan Islam tidak bertapak di negeri ini. Beliau turut menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat dan membuat laporan kepada Pejabat Kadi Daerah yang berhampiran atau melalui saluran rasmi pihak berkuasa agama sekiranya mengesan sebarang aktiviti, pengajaran atau bahan berkaitan ajaran sesat. "Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan keharmonian agama dan ketenteraman awam di negeri itu terus terpelihara," katanya. Terdahulu tular gambar kain rentang mempromosikan ajaran sesat itu yang dikesan dipasang dilokasi tumpuan ramai di Muar pada Jumaat lalu. Bagaimanapun, pihak berkuasa dan polis sudah bertindak menurunkan kain rentang berkenaan. Sumber : BH
|
slavehunter replied at 29-1-2026 07:43 PM
Sis Tumpanglalu Dan Capiloton dah khatam dengan man made cult religion ni.
Tak ku sangka ada ramai ...
sharlenetexas replied at 29-1-2026 08:29 PM
Sape yg terlibat?
dua_chzy replied at 29-1-2026 06:07 PM
Takyah banteras. Takyah jaga sangat umat Islam tanahair ni. Makin dijaga, makin ntah hapa2 macam wen ...
bintangct replied at 31-1-2026 12:51 AM
ahmadi ni ajaran yg xperlu solat tu ke? ke solat ikot suka time sendiri?
ultra78 replied at 30-1-2026 09:53 PM
Tak boleh sis. Kerajaan guna agama utk berkuasa. Kalau semua duk ikut fahaman sendiri nanti ketua ...
slavehunter replied at 29-1-2026 08:46 PM
Katanye melayu2 yang belajar overseas. Once dah rasa diri sendiri pandai memang tak perlu lagi Al ...
sharlenetexas replied at 31-1-2026 08:51 PM
Diorang dua orang tu ke?
slavehunter replied at 31-1-2026 10:26 PM
Siapa dua orang tu?
sharlenetexas replied at 31-1-2026 10:30 PM
Nama yg uols mention.
Ke iols yg silap faham?

bintangct replied at 31-1-2026 12:51 AM
ahmadi ni ajaran yg xperlu solat tu ke? ke solat ikot suka time sendiri?
slavehunter replied at 31-1-2026 10:41 PM
Eh tak. Maksud I nama yang I mention earlier dorang dah tau lama macam mana Ahmadi cult ni emerge, ...
cmf_jeangrey replied at 31-1-2026 11:15 PM
I pernah join berbuka puasa dgn pengikut Ahmadi ni..atas jemputan kenalan..mereka solat berjemaah ...
cmf_jeangrey replied at 31-1-2026 11:15 PM
I pernah join berbuka puasa dgn pengikut Ahmadi ni..atas jemputan kenalan..mereka solat berjemaah ...

sharlenetexas replied at 31-1-2026 11:18 PM
Ok thanks pencerahan.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.423361 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.