|
Batu Pahat: Kehilangan seorang wanita selepas tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah di Taman Damai II di sini, dipercayai dibunuh dengan muka ditekap menggunakan bantal awal pagi tadi.
Mangsa berusia 41 tahun yang juga pekerja pasar raya disyaki dibunuh oleh teman lelaki dengan mayatnya ditemui pada jam 1 pagi tadi selepas polis menyerbu rumah teres dua tingkat itu. Difahamkan, ketika serbuan polis menemukan wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu manakala suspek cedera di leher dan lengan kiri selepas disyaki menggelar diri. Suspek berusia 44 tahun disyaki membunuh mangsa pada pagi Selasa lalu sehinggalah polis menemukan mayatnya awal pagi tadi. Difahamkan, sebelum penemuan mayat itu, abang mangsa membuat laporan polis selepas adik perempuannya tidak pulang ke rumah sejak beberapa lalu. Suspek yang juga penganggur kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan. Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita terbabit. Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Prosiding reman ke atas suspek dijalankan di HSNI susulan lelaki itu menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya. Dalam pada itu, tinjauan di rumah didiami mangsa dan suspek mendapati, keadaannya sunyi selain polis memasang pita larangan masuk. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Sumber: Astro Awani
|
B40tastePosh replied at 31-1-2026 07:57 PM
Chinese lelaki tanam anggur.
sharlenetexas replied at 31-1-2026 08:43 PM
Bukan ke ramai cina kerja keras tak membuawak.
ADVERTISEMENT