CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lubang 'gergasi' di Acheh semakin luas, ancam kawasan perkampungan penduduk

2-2-2026 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21593| Komen: 8

 


Jakarta: Fenomena lubang gergasi di Pondok Balik, Daerah Ketol, Aceh Tengah dikesan semakin meluas dan kini berpotensi mengancam kawasan perkampungan penduduk setempat, lapor Detik News.

Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) memaklumkan kejadian itu mempunyai persamaan dengan fenomena lubang benam (sinkhole), namun ciri geologinya sedikit berbeza berbanding lubang benam biasa.

Pemangku Ketua Badan Geologi ESDM, Lana Saria berkata, kejadian di Pondok Balik membuktikan material vulkanik juga mempunyai kerentanan yang sama seperti batuan gamping (karst) dalam membentuk lubang amblesan.

Katanya, pergerakan tanah di kawasan berkenaan sudah berlaku sejak sekian lama manakala faktor struktur batuan serta kecerunan lereng yang ekstrem meningkatkan risiko lubang itu terus melebar.

Maklumat daripada penduduk setempat mendapati pergerakan tanah mula dikesan sejak beberapa tahun lalu dan keadaan menjadi semakin kritikal setiap kali musim hujan.

Hasil pemerhatian teknikal mendapati batuan dasar di kawasan berkenaan didominasi oleh tufa yang bersifat longgar dan berliang selain kedudukan lereng yang sangat curam atau hampir menegak.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan sistem saliran irigasi di bahagian selatan yang cenderung melimpah atau meresap ke dalam tanah ketika hujan lebat.

Lana berkata, batuan menjadi gembur akibat lereng yang tidak stabil serta tanah yang jenuh air sekali gus menambah berat massa batuan di lokasi terbabit.

Katanya, berlaku proses pengikisan tebing ke arah sisi oleh aliran air yang akhirnya melebarkan struktur lembah dan mencetuskan kejadian tanah runtuh.

Selagi punca utama iaitu aliran air di bawah permukaan tanah tidak dapat dihentikan, risiko lubang berkenaan terus meluas akan sentiasa wujud pada masa hadapan.

Badan Geologi sebelum ini pernah mengesyorkan langkah jangka pendek termasuk meningkatkan kewaspadaan, membina saliran kedap air serta melarang sebarang aktiviti di bibir runtuhan.

Bagi pelan jangka panjang, pihak berkuasa menyarankan supaya laluan jalan raya dipindahkan (relokasi) menjauhi kawasan bencana bagi mengelak risiko kepada pengguna.

Sementara itu, Bupati Aceh Tengah, Haili Yoga berkata, pihaknya sudah meminta bantuan pasukan teknikal peringkat wilayah dan pusat untuk melakukan kajian mendalam bagi menangani masalah jalan yang sudah terputus.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 2-2-2026 12:26 PM
HAARP lettew            
Quote Tinot7 2-2-2026 03:56 PM
Dolu2 dok pikiaq baguih deme buat lereng2 mcm tu.. now mcm bad idea pulak
Quote Minami2013 2-2-2026 04:24 PM
Kawasan subur utk tanaman. Sanggup ambik risiko dekat sgt dgn lubang tu.
Quote zorrro_03 2-2-2026 04:33 PM
mujur sana takde puak2 jenis ikat kain kuning.  kalau tak habis laaaa lubang kena sembah
Quote axl_bach 2-2-2026 04:52 PM
Bukan Acheh laksana hudud ke??
Quote Decaffeinated 2-2-2026 05:56 PM
ujian ni...

harap orang aceh jgn putus semangat. rotan tetap rotan.
Quote menjad 2-2-2026 07:35 PM
Sian aceh. Banyak dugaan rakyat kena hadap. Banjir, tsunami, tanah runtuh, lubang benam pulak lagi. Lepas satu... satu
Quote sharlenetexas 2-2-2026 08:35 PM
Gabenor acheh pulak duk tambah bini.


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.116073 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top