CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aset rizab rasmi Malaysia bernilai AS$125.53 bilion - Bank Negara Malaysia

2-2-2026 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25125| Komen: 1

 



Kuala Lumpur: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$125.53 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$266.1 juta pada akhir Disember 2025.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek mata wang asing yang dikenal pasti termasuk pembayaran balik pinjaman luar negara yang dijadualkan, sekuriti dan deposit berjumlah AS$12.14 bilion.

Ia berkata, aliran keluar jangka pendek ini termasuk kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing.

"Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$21.23 bilion pada akhir bulan Disember 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

"Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek," kata bank pusat itu.

BNM berkata, unjuran aliran masuk mata wang asing ini berjumlah AS$2.97 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun berjumlah AS$417 juta.

"Rizab antarabangsa Malaysia tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

"BNM juga tidak terbabit dalam opsyen mata wang asing berbanding ringgit," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-2-2026 07:56 PM
Sebelum baper?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.029345 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top