CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terengganu tiada rekod kes bunuh, samun bersenjata dua tahun berturut-turut

2-2-2026 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29851| Komen: 12

 



KUALA NERUS – Terengganu tidak merekodkan sebarang kes bunuh dan samun bersenjata api sepanjang tempoh dua tahun berturut-turut iaitu 2024 dan 2025 sekali gus membuktikan negeri ini berada pada tahap keselamatan yang baik.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pencapaian itu mencerminkan keberkesanan usaha dan komitmen seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dalam mengekang jenayah serta melaksanakan pendekatan kepolisan komuniti di setiap daerah termasuk di sekolah-sekolah.

"Bagi tempoh tahun 2024 dan 2025, Terengganu tidak merekodkan sebarang kes bunuh, selain tiada juga kes samun bersenjata api direkodkan dalam tempoh tersebut.

"Pencapaian itu membuktikan Terengganu boleh dikategorikan sebagai sebuah negeri yang selamat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Terengganu di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes rogol dan sumbang mahram menunjukkan peningkatan empat kes pada tahun 2025 dengan 94 kes direkodkan berbanding 90 kes pada tahun sebelumnya.

"Kebanyakan mangsa melibatkan remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun dan peningkatan itu dipercayai dipengaruhi pendedahan kepada media sosial, termasuk kandungan tidak bermoral serta perkenalan melalui aplikasi sembang yang membawa kepada pertemuan fizikal.

"Walaupun terdapat kes melibatkan unsur suka sama suka, dari sudut perundangan, sebarang perlakuan seksual membabitkan individu bawah umur 16 tahun tetap dikategorikan sebagai rogol dimana kebanyakan kes berlaku disebabkan yang dipengaruhi media sosial," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, kes kecurian masih menjadi penyumbang tertinggi jenayah di Terengganu termasuk kecurian kabel dan besi.

Bagaimanapun katanya, kes tersebut menunjukkan penurunan daripada 741 kes pada 2024 kepada 674 kes pada 2025.

"Kes kecurian dan pecah rumah masih berlaku tetapi berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan," katanya.

Beliau berkata, cabaran utama ketika ini adalah jenayah komersial yang semakin membimbangkan apabila kes penipuan, khususnya penipuan dalam talian, berlaku hampir setiap hari dan sering melibatkan golongan pesara.

Jelas beliau, berdasarkan statistik kes Jenayah Komersil, sepanjang Tahun 2024 sebanyak 1,335 kes telah dilaporkan manakala bagi tahun 2025 pula adalah sebanyak 2,046 kes dengan peningkatan sebanyak 711 kes bersamaan dengan 53.25 peratus.

"Dari segi cabaran, kes jenayah konvensional seperti kecurian tidak terlalu kompleks. Namun jenayah komersial lebih membimbangkan kerana kes penipuan berlaku hampir setiap hari, termasuk melibatkan golongan pesara yang menjadi mangsa sindiket penipuan.

"Misalnya, terdapat kes melibatkan pesara kerajaan yang panik selepas dimaklumkan kononnya terlibat dengan pengubahan wang haram, sebelum diarahkan memindahkan wang ke akaun tertentu. Oleh itu, jenayah komersial dilihat lebih kritikal berbanding jenayah kekerasan,"ujarnya.

Mohd Khairi bagaimanapun berkata, dari segi penyelesaian kes, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu berada di kedudukan ketujuh daripada 14 kontinjen di peringkat kebangsaan dengan kadar penyelesaian kes melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan PDRM.


Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Azharitubunga 2-2-2026 02:09 PM
Sesuai la diiktiraf negeri paling bahagia
Quote tepisket.. 2-2-2026 03:56 PM
Yang akak mental langgar budak uitm dungun tu tahuun bila?
Quote Farnor 2-2-2026 04:43 PM
Klau nak berpencen nk bleh la kat sini.
Quote zorrro_03 2-2-2026 04:46 PM
keberkesanan polis menjaga keselamatan selain sikap rakyat yang saling menjaga
Quote Samerosie 2-2-2026 04:49 PM
1000094270.jpg 1000094268.jpg

Baru nak puji rupa-rupanya deoa bz tang lain... ..
Quote sharlenetexas 2-2-2026 08:34 PM
tepisket.. replied at 2-2-2026 03:56 PM
Yang akak mental langgar budak uitm dungun tu tahuun bila?

Kes abang mental pun ada yg langgar bakal ustazah tu. Kiranya ada dua kes orang mental langgar orang dalam tempoh setahun dua ni. Ni belah pantai timur. Belah pantai barat pulak pemandu mabuk suka suka langgar orang.



Quote cm_vungtau 3-2-2026 10:03 AM
Orang dia dah pergi kl and jb
Quote prince_marhaen 3-2-2026 10:12 AM
Bunuh dan samun je, rompak2 langgar2, gocoh2, scammer2 tetap tinggi....apa nak bangga nauuu... kat ibukota pun penuh bangsa pantai timur je buat hal..
Quote aliviaaspen 3-2-2026 10:23 AM
Hebat la
Quote nisako 3-2-2026 01:41 PM
wow betul ke ni
Quote sharlenetexas 3-2-2026 01:43 PM
prince_marhaen replied at 3-2-2026 10:12 AM
Bunuh dan samun je, rompak2 langgar2, gocoh2, scammer2 tetap tinggi....apa nak bangga nauuu... kat i ...

Pati dan yendon


Quote hart_attack 3-2-2026 04:04 PM
Ptut risau kes rogol,suka sama suka tu. Aplikasi sembang tu la puncanya.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.223635 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top