|
Pelakon Nora Danish memuat naik hantaran dalam bentuk nasihat dalam menjadi pasangan hidup serta sahabat yang saling menegur ke arah lebih baik. Menerusi hantaran di Threads, Nora turut memberi peringatan kepada dirinya untuk berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan. “Carilah pasangan hidup dan sahabat yang sama-sama menegur untuk menjadi lebih baik, bukan sama naik atau menjadi kita lebih kufur,” tulisnya. Sementara itu, Nora turut mengatakan cara pandangan kita juga perlu ditukar agar melihat sesuatu perkara dengan mata hati. “Lens kena tukar -Xara kita melihat sesuatu perkara. Pandang dengan mata hati. Nescaya hati jadi lebih tenang,” tulisnya. Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju untukmencari pasangan yang sama-sama berusaha menjadi lebih baik. Sumber : Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.051310 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.