CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Ada manusia jahat tendang kucing aku sampai mati’ - Wanita meluahkan rasa kesal

3-2-2026 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21202| Komen: 1

 



PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang lelaki yang menyepak kucingnya ketika haiwan itu dibawa berjalan di kawasan lapang di Blora, Indonesia, minggu lalu.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita berkenaan membawa kucingnya berjalan menggunakan kolar haiwan sebelum lelaki tersebut secara tiba-tiba menyepak kucing itu ketika sedang berjoging.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu didakwa menyebabkan kucing berkenaan terpelanting sehingga mati
“Kejadian hari minggu, 25 Januari, kita jalan-jalan ke lapangan Kridosono, Blora, pukul 9 pagi. Kawasan sepi dan tak ramai orang joging, aku pun biarkan kucing berjalan ke tepi supaya tak ganggu orang.

“Tapi ada manusia jahat tiba-tiba tendang kucing aku sampai stress dan mati. Selepas aku tanya kenapa buat macam itu, dia (lelaki) seperti mahu menumbuk aku,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas dipercayai melakukan tindakan tersebut atas alasan terganggu dengan haiwan peliharaan itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial berang dengan tindakan tidak bermoral selain alasan yang tidak munasabah lelaki tersebut.

“Tendang itu memang disengajakan. Nampak sangat macam tendang bola. Alasan sepak kucing itu pun tak logik,” komen @Shinaaapr.

“Tiada kata maaf untuk orang macam ini. Sudahlah memang sengata buat. Harap orang macam ini hidupnya sentiasa susah dan dapat karma atas perbuatan dia,” komen @Eriekurneaa.

“Baru-baru ini pun, sepupu saya sepak kucing walaupun dia (kucing) itu duduk diam saja. Besoknya, kucing itu kena strok dan mati,” komen @Eyyobackup. 


Sumber : –KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 3-2-2026 11:19 PM
dalam video tu, lepas kena tendang, kucing tu macam melompat, kenapa tak lepaskan aje tali tu dari tangan dia ye? kesian tengok..biar dia berlari golek2 etc sebab tengah tahan sakit..ke macam mana?

tak faham jalan cerita indon..btw memang sial jantan tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.253802 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top