CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Loya tekak! Restoran didakwa basuh-basuh sisa makanan, masak balik

3-2-2026 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31002| Komen: 13

 



SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengesahkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan sebuah restoran yang menggunakan sisa pelanggan untuk digunakan semula keesokan harinya.

Pengarahnya, Dr. Zuraida Mohamed berkata, pihaknya baru menerima laporan berkenaan dakwaan isu berkenaan pada pukul 1 tengah hari tadi.

“Saya telah pun meminta pegawai berkaitan turun ke lokasi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, sebuah video tular di media sosial menunjukkan tindakan pekerja sebuah restoran yang didakwa menggunakan semula lebihan makanan hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Individu dikenali sebagai Silohna King mendakwa, dia melihat kejadian itu pada pukul 12.18 tengah malam di belakang premis itu.

Menurutnya, beliau melihat seorang pekerja mencuci sisa makanan termasuk daging ayam, daging kambing dan tauhu yang dipercayai lebihan pelanggan sebelum diasingkan ke dalam dulang.  


Sumber : –KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 3-2-2026 05:37 PM
kedai apa kat n9 ni? nak elak.
Quote lanacondor 3-2-2026 07:31 PM
Letaklah nama kedai supaya org berhati2.
Quote B40tastePosh 3-2-2026 08:09 PM
Lain kali makan bagi habis, sebab kalau tak habis kau makan sisa kau untuk keesokan harinya, sebab kau syaiton
Quote ZORRO5555 3-2-2026 08:44 PM
Loya....
Quote makita 3-2-2026 09:38 PM
orangbiasaje replied at 3-2-2026 05:37 PM
kedai apa kat n9 ni? nak elak.

Resto Nasi Kandar depan Palm Mall
Quote ninja boy 3-2-2026 09:55 PM
Pernah juga terkena kat food court tapau nasik ayam, ayam dia bekas gigit2 bekas kunyah2 part dada cam haram ja, so kalau nak buy nasi ayam pi rice chicken shop ayamas pasar malam etc
Quote Dwdrum 4-2-2026 08:41 AM
Maybe leftover untuk street feeding... stray animals...
Quote n3ar 4-2-2026 08:45 AM
negeri sembilan ni aku pernah baca, dalam banyak2 restoran mamak, ada 1 jer yg halal...yg lain boleh diragui pemilikan..


basuh nak bagi kat strays? come on, mamak kot....mamak ni kalau mana boleh jimat dorang jimat...takde nya buang masa basuh nak bagi makan kt kucing anjing liar
Quote plywood 4-2-2026 08:48 AM
aku rasa mcm tak percaya shj.

klu berlaku owner kena daftar kemasukan ke hospital mental... sepatutnya kerajaan terus umumkan kesalahan kepada umum. kerajaan tak boleh lindungi premis perniagaan spt ini



Quote KamikuP 4-2-2026 08:58 AM
Straw pun sama yaa cuolls, yg elok2 depa cuci recycle balik.. oleh itu lepas minum guna straw mohon koyak/patah patahkan straw itu
Quote akuninja 4-2-2026 09:22 AM
hmmmm
Quote afie_m 4-2-2026 09:45 AM
loya tekak lah...nasib lah aku tak suka mkn makanan mamak atau apa2 nasi kandar...
Quote 3chanceno 4-2-2026 09:47 AM
KamikuP replied at 4-2-2026 08:58 AM
Straw pun sama yaa cuolls, yg elok2 depa cuci recycle balik.. oleh itu lepas minum guna straw mohon  ...



Loya pulak bila ingatkan buat cam gini

Arwah makcik meols, kalau raya, disposable items semua dia cuci semula lepas guests dah makan  katanya sayang nak buang, boleh recycle

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.195367 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top