CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ijoy Ada Gerai, Cukuplah Untuk Makan Pakai, Beli Beras” - Sharifah Shahirah

4-2-2026 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8950| Komen: 33

 


Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkata dia dan suaminya iaitu Ijoy Azhari bekerja keras untuk keluarga.

Memetik Harian Metro, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera berkata suaminya bukan berasal dari keluarga kaya.

Difahamkan, Shiera menjawab mengenai Ijoy apabila ada yang mendakwa suaminya tidak bekerja. Menurut Sheira lagi, dia juga bukan dari keluarga berada dan lebih suka menjalani kehidupan mengikut kemampuan sendiri.

“Saya juga bukan anak orang kaya dan bukan jenis ‘high maintenance’. Saya pun suka tengok beg tangan dan pergi ‘shopping’ (beli-belah) tapi ia bukan keutamaan, kalau ada rezeki lebih saya belilah.

“Kita juga kena tahu kedudukan di mana kerana kalau tak pandai jaga ‘financial’ (kewangan) memang ‘melingkup’ dan bergaduh laki bini,” katanya.

Sementara itu, Shiera berkata pergaduhan dalam rumah tangga adalah perkara biasa lebih-lebih lagi membabitkan hal kewangan.

“Jangan cakap saya tak pernah bergaduh dengan suami tentang hal duit. Memang dia (Ijoy) ‘declare’ tak bekerja maksudnya tidak ada majikan.

“Tapi suami ada gerai dan cukuplah untuk makan dan pakai serta beli beras. Saya pun tak minta dia belikan gelang emas penuh sampai lengan,” katanya.

Dalam pada itu, Shiera berkata apa yang penting baginya dia mahu suami sentiasa berada di sisinya serta sentiasa membantu.

“Kita kena buat sesuatu untuk jadikan rumah tangga bahagia. Maksudnya, kita faham antara satu sama lain. Ada orang nak suami kaya tapi tak dapat berada di sisi. Maksudnya, suami yang sentiasa ada untuk mendengar, membantu mengangkat beg dan sebagainya,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Rotikaya
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-2-2026 11:13 AM
entahlah kak, even statement akak mcm berlapik, iols tetap rasa akak yg paling berkerja keras. tp as long akak happy, tu yg plg penting.
Quote prince_marhaen 4-2-2026 11:49 AM
takpe la kak...camner kan...nak laki elokkkk..muda.... kena la tahan kerja keras kann..
Walaupun heols anak artis, berlakon filem jepun masa kecik... tapi tetap nampak akak yang tonggang tonggek kerja siang malam.. anak2 yg dah besar tu pun over sangat introvertnya...padahal macam dah boleh kerja je dua orang atas Odah tu..
Quote dekmieDandy 4-2-2026 12:03 PM
prince_marhaen replied at 4-2-2026 11:49 AM
takpe la kak...camner kan...nak laki elokkkk..muda.... kena la tahan kerja keras kann..
Walaupun heo ...

diorang kerja dekat gerai ijoy tu kan, meniaga air matcha+kopi

dulu yang perempuan tu keja kedai matcha kat the campus, tak tahu lagi keje ke tak
Quote kucingitam 4-2-2026 12:05 PM
Ejoi yang start buat Selebriti Corner kan, sebelum enjoy's corner tu. Tak salah Selebriti Corner tu kat Pandan Indah dulu.. ke salah?
Quote prince_marhaen 4-2-2026 12:05 PM
dekmieDandy replied at 3-2-2026 06:03 PM
diorang kerja dekat gerai ijoy tu kan, meniaga air matcha+kopi

dulu yang perempuan tu keja kedai  ...

mak dia pun asal buat video bebelkan anak keluar sana sini, anak duduk lepak rumah je, anak mintak duit je..pastu pening.. mana netizen tak speku kan..


Quote dekmieDandy 4-2-2026 12:12 PM
prince_marhaen replied at 4-2-2026 12:05 PM
mak dia pun asal buat video bebelkan anak keluar sana sini, anak duduk lepak rumah je, anak mintak ...

selalu jugak maknye post dekat ig story kedai anak dia tu

tapi biasalar, meniaga ngan member-member, dah nampak cam melepak pulak

btw matcha anak dia buat sedap, cuma lambat sikit nak tunggu
Quote annehuda 4-2-2026 12:20 PM
perempuan ni, kalau dah sayang laki tu, laki tu biawak dia tak kisah pun. cuma jgnla kalau laki die tu ada perempuan lain. percayalah dia mesti ungkit semula pengorbanan dia sepanjang dia tanggung laki biawak tu
Quote ZORRO5555 4-2-2026 12:31 PM
Malu la tu nak ngaku laki tu biawak
Quote PinkyPie 4-2-2026 12:33 PM
Sabo jerlahh. At least muka herlok dari ex temasek dulu.
Quote babynina30 4-2-2026 12:43 PM
PinkyPie: Sabo jerlahh. At least muka he ...


Tp sheols aman damai dgn ex Temasek tu kan?
Ex laki kaka sheols mcm kacip pula. Aritu viral vid podcast heols petik psl bekas bini. cerita camne tekawen dgn si lin itu
Quote kalchi 4-2-2026 12:45 PM
Gerai tu je ke? Ingtkan ada mcm rumah sewa ke kedai sewa ka tu kalo goyang kaki ok juga lagi
Quote sharlenetexas 4-2-2026 12:47 PM
PinkyPie replied at 4-2-2026 12:33 PM
Sabo jerlahh. At least muka herlok dari ex temasek dulu.

Rockstar khuens. Mungkin pernah jadi pujaan para gadis. Dia pun muda lagi masa tu.


Quote Prickford 4-2-2026 02:20 PM
babynina30 replied at 4-2-2026 04:43 AM
Tp sheols aman damai dgn ex Temasek tu kan?
Ex laki kaka sheols mcm kacip pula. Aritu viral vid p ...

Eiii ex laki si lyn to, geli iolls tengok. Mmg bila bercakap, kacip sokmo. Fans dia je yg bekap kata tak kacip. Dah bercerita pon mcm orang tak betul, mmg orang speku kacip la.
Quote Prickford 4-2-2026 02:22 PM
prince_marhaen replied at 4-2-2026 03:49 AM
takpe la kak...camner kan...nak laki elokkkk..muda.... kena la tahan kerja keras kann..
Walaupun heo ...

Yg 2 atas odah tu..entahlah. Deyols ni nak terus jadi anime agaknya.
Quote pearl.silver 4-2-2026 02:26 PM
kalchi replied at 4-2-2026 12:45 PM
Gerai tu je ke? Ingtkan ada mcm rumah sewa ke kedai sewa ka tu kalo goyang kaki ok juga lagi

Bukan ke dia mcm sediakn tapak niaga. Pastu org sewa tapak tu.
Iols xpnh pergi selama ni iols fikir biz dia mcm tu.
Quote babelina 4-2-2026 02:30 PM
tp umah besar ye.. mgkn laki tu jadi surirumah la kot.. tukar ngn bini..
Quote kakakko 4-2-2026 02:32 PM
entahlah dia ni.. time jadi dj jemputan kt sinar tu ada je bau2 ayat macam dia je yg kena kerja.. gaya ayat dia tu mcm bitter gituuu.. tapi xpelah kak.. moga baik2 aje lah ye..
Quote MarryPottet 4-2-2026 02:35 PM
Pernah lalu lalang vtt si odah kata mak dia single bread winner of the family
Takkan odah nipu kot?
Quote harkktuih 4-2-2026 02:41 PM
rasa laki dia byk passive income kot..sewa tapak gerai kat enjoys corner, sewa rumah segala..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036810 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top