CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ini Fitnah…Kelakar” – Nadia Brian Nafi Tanggung Kekasihnya, Nedim

4-2-2026 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7416| Komen: 1

 


Pelakon Nadia Brian mengakui terkejut dengan dakwaan menanggung kekasihnya, Nedim Nazri yang dikatakan tidak berduit.

Memetik HibGlam, Nadia berkata dakwaan itu adalah fitnah serta berniat mahu menjatuhkan mereka. Namun sebagai anak seni dia sudah biasa dengan fitnah dilemparkan.

“Ini fitnah dan tidak benar. Kelakar, macam manalah orang boleh tabur fitnah untuk menjatuhkan individu lain.

“Sebagai anak seni, saya tidak sedih sebab sudah terbiasa dengan perkara sebegini (fitnah). Benda yang kita tak buat tetapi orang cakap kita lakukan, ada saja tak kena.

“Cuma terkejut dan harap orang ramai dapat terus mendoakan kami berdua ke arah lebih baik dan bahagia, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Nadia turut memberi peringatan kepada penabur fitnah agar berhenti melakukan perbuatan sedemikian sebaliknya mendoakan yang baik-baik untuknya dan Nedim.

“Semua ini benda-benda yang nak mengaibkan. Kepada sesiapa yang buat cerita, maaf sebab fitnah ini tak jalanlah. Lebih baik doakan yang baik-baik, kita semua akan bahagia, insya-Allah,” katanya.

Sumber: HibGlam, Rotikaya
 
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-2-2026 10:40 AM
Sejarah berulang. Dulu pun gosip nowa tanggung boned.


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.376806 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top