CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Sukan Lihat artikel

Cristiano Ronaldo kembali sertai Man United pada musim panas ini?

4-2-2026 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6691| Komen: 0

 



London: Cristiano Ronaldo dikatakan sedang berbincang dengan Manchester United mengenai kemungkinan kembali ke Old Trafford pada musim panas ini, dengan kedua-dua pihak dikatakan 'sedang menuju ke arah persetujuan', menurut laporan.

Pemain antarabangsa Portugal itu meninggalkan United dalam keadaan kontroversi pada akhir 2022 selepas meluahkan perasaannya dalam satu temubual bersama Piers Morgan, susulan pertelingkahan dengan bekas pengurus, Erik ten Hag.

Kontrak Ronaldo ditamatkan secara bersama, dan dia menolak minat daripada kelab-kelab Eropah lain untuk menandatangani kontrak dengan kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Nassr, menerusi bayaran lumayan.

Terdapat desas-desus bahawa Ronaldo tidak gembira di Al-Nassr pada musim panas selepas menamatkan saingan Liga Pro Arab Saudi di tangga ketiga dan tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara AFC.

Bagaimanapun, Ronaldo kemudian menandatangani kontrak baharu sehingga Jun 2027, dengan nilai minimum £492 juta (RM2.6 bilion) sepanjang tempoh dua tahun di Al-Nassr.

Baru-baru ini timbul isu lain apabila Ronaldo dikatakan kecewa kerana Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) menyediakan dana lebih banyak kepada kelab lain di Arab Saudi berbanding Al-Nassr.

Ronaldo kini dilaporkan mengambil tindakan mogok di Al-Nassr dan tidak hadir dalam perlawanan Liga Pro Arab Saudi menentang Al-Riyadh, Isnin lalu.

Sehingga kini, Al-Nassr hanya menandatangani pertahanan tengah Iraq berusia 21 tahun, Hayer Abdulkareem musim sejuk ini, manakala Al-Hilal menambah pemain seperti Karim Benzema dari Al-Ittihad dan beberapa bintang lain.

Laman web Sepanyol, Fichajes, melaporkan Ronaldo 'sedang berbincang untuk kembali ke Manchester United' kerana dia ingin meninggalkan Al-Nassr pada musim panas.

Pemain Portugal itu mempunyai klausa pelepasan €50 juta (RM232 juta) di Al-Nassr, yang menjadi perhatian beberapa kelab Major League Soccer, namun impian Ronaldo adalah menamatkan kerjayanya yang gemilang di Theatre of Dreams.

Sumber: Harian Metro
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.231854 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top