CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peguam jelaskan sebab Nubhan tak hadir mahkamah

4-2-2026 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16242| Komen: 0

 



Penyanyi Nubhan Ahamad tiada keperluan untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan semalam kerana sebutan pertama kes tuntutan harta sepencarian itu hanya dibuat di hadapan pendaftar.

Peguam syarie Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan, 40, berkata hanya dia perlu hadir mewakili anak guamnya selaku defendan untuk menyatakan pendirian sama ada bersetuju atau sebaliknya dengan tuntutan bekas isteri Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

"Sebenarnya dalam proses mahkamah bila sudah melantik peguam di peringkat pengurusan kes, anak guam tidak perlu hadir pun, tiada masalah.

"Anak guam hanya perlu hadir untuk perbicaraan sahaja yang mana dalam kes ini (perbicaraan tuntutan harta sepencarian) mungkin lambat lagi.

"Kehadiran semalam (3 Februari) itu adalah sebutan kali pertama untuk (mewakili) defendan (Nubhan) bagi menyatakan pendirian sama ada bersetuju atau tidak dengan tuntutan plaintif (Dr Afifah Hidayah).

"Saya datang di hadapan pendaftar mahkamah dan menyatakan pendirian anak guam tidak bersetuju dengan nilai tuntutan yang dibuat oleh pihak plaintif," katanya kepada Harian Metro .

Ditanya sebab tuntutan harta sepencarian yang difailkan oleh Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie tidak dipersetujui Nubhan, Mohd Redzuan berkata, nilai tuntutan berkenaan disifatkan tidak munasabah.

"Saya mewakili anak guam memberitahu pendaftar (mahkamah) bahawa kita akan memfailkan pembelaan yang menyatakan kita tidak bersetuju dengan nilai tuntutan berkenaan.

"Pendaftar menetapkan 24 Februari ini bagi membolehkan pihak peguam mewakili Nubhan memfailkan pembelaan itu. Mereka diikecualikan hadir, hanya failkan di kaunter (mahkamah) sahaja," katanya.

Semalam, Nubhan tidak hadir di mahkamah bagi sebutan pertama kes tuntutan harta sepencarian dan hanya diwakili Mohd Redzuan bagi menetapkan tarikh selanjutnya.

Bagaimanapun, Dr Fie, 36, hadir bersama peguam syarie mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir dan Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Sehubungan itu, Akberdin memaklumkan pihaknya sudah membuat serahan saman kes tuntutan harta sepencarian kepada Nubhan pada 19 Januari lalu.

Terdahulu, sesi sulh di antara Nubhan dan Dr Fie pada 8 Januari lalu gagal mencapai kata putus daripada kedua-dua pihak.

Pada 2 Disember 2025, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie disahkan bercerai talak dua.

Sepanjang 10 tahun perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.155922 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top