|
Selebriti popular Noor Neeelofa menjelaskan video tular memaparkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal dirakam dua tahun lalu.
Memetik mStar Online, Neelofa berkata dia terkejut video tersebut dimuat naik kembali dan ianya adalah untuk reviu produk. “Video itu dah lama, masa Bilal usia dua tahun. Video itu adalah untuk reviu produk dan masih ada di media sosial saya. Saya pun tertanya-tanya siapa yang post semua gambar itu,” katanya. Sementara itu, Neelofa berkata dia lebih tenang tidak mendedahkan wajah anak-anaknya di media sosial namun terbuka jika orang ramai melihat wajah Bilal dan Abbas jika terjumpa di tempat awam. “Saya gembira bila tak dedahkan wajah anak sebab orang tak perlu nak komen atau buat perbandingan. Saya pun tak perlu dengar pandagan netizen. Biarlah berterusan sampai dia besar. “Kalau keluar kami tak sorok pun. Memang bebas tunjuk wajah anak. Cuma ada saja yang tak faham dan saya cakap secara baik tak rakam wajah anak-anak,” katanya. Sementara itu, pendakwah bebas PU Riz turut bersetuju dengan isterinya dan menunggu masa sesuai untuk mendedahkan wajah kedua-dua anak mereka secara terbuka di media sosial. “Tunggulah sehingga dia boleh dakwah. Mungkin ketika itu kami ambil tawaran kerjasama. Tengoklah dulu bagaimana sebab setiap kanak-kanak berbeza, dari segi kebolehan bercakap,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya
|



razzia replied at 4-2-2026 05:45 PM
kakak nya dh bf baru siap dipangkul pinggang lagi
razzia replied at 4-2-2026 10:45 AM
kakak nya dh bf baru siap dipangkul pinggang lagi

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.030381 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.