CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedih lihat apa yang berlaku di Parlimen – Menteri Agama

6-2-2026 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21887| Komen: 5

 



PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengakui sedih dengan situasi yang berlaku di Parlimen baru-baru ini.

Tidak menyatakan secara jelas insiden yang dimaksudkan, beliau sebaliknya menyeru semua pihak supaya mengutamakan empati, adab dan saling menghormati dalam apa jua perjuangan.

Menerusi kenyataan di media sosial, beliau berkata, situasi itu mengingatkannya tentang pertemuan bersama tokoh ilmuwan Islam antarabangsa, Dr. Abdal-Hakim Murad atau nama asalnya Timothy John Winter.

Menurut Zulkifli, Dr. Abdal-Hakim pernah menasihati empati perlu dizahirkan bukan sahaja sesama muslim, malah kepada bukan muslim kerana setiap manusia adalah keturunan Nabi Adam.

“Cubalah berempati dengan orang lain dan melihat keadaan mereka dari sudut pandang mereka, sama ada muslim atau bukan muslim. Layan semua dengan hormat kerana kita berasal daripada bapa yang sama, Nabi Adam AS.

“Jangan membenci orang yang tidak beriman, sebaliknya kasihanilah mereka, kerana dalam kebanyakan keadaan kekufuran mereka berpunca daripada kejahilan, yang mungkin merupakan kesalahan kita juga sama seperti kesalahan mereka,” katanya memetik nasihat tersebut.

Dalam kenyataan sama, Zulkifli menegaskan bahawa akhlak dan adab tidak pernah melemahkan perjuangan, malah akan meningkatkan martabat dan nilai sesuatu usaha yang diperjuangkan.

Beliau turut menggalakkan masyarakat membaca buku Nahnu Du‘at La Qudhat (Pendakwah Bukan Penghukum) karya Syeikh Hasan Ismail al-Hudaibi sebagai panduan dalam berdakwah dan membina kefahaman.

Zulkifli seterusnya menyeru semua pihak supaya terus bersatu dan fokus membina negara dengan sebaiknya.

“Jom semua, kita terus fokus bina negara sedaya upaya,” katanya. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 7-2-2026 02:16 PM
Ganti balik la menteri agama dgn Dr.Zulkifli.
Quote Firenzza 7-2-2026 04:48 PM
Apa yg berlaku di parlimen? Dia nk perli nuart membanggangkan pembangkang ke cmne? Habis tu dia x nk ulas ayat Quran yg byk bagi amaran dan mencela puak kafirun ke dia ni geng liberal?
Quote Purestteam1 7-2-2026 08:01 PM
saya sedih plak pemimpin melayu xda yg sepakat sokong kes kuil haram.. x macam bangsa sana sepakat
Quote batmana 7-2-2026 08:39 PM
Sedih dgn menteri cmni..masih ckp berkias..pastu nk kupas Suh rakyat baca buku itu ini..apa ke bangangnya..igt semua rakyat ni student IPT nk amik periksa ke Oii..
Ko dh jadi menteri sound direct ajala..igt parlimen tu kelas OKU ke smpai nk kias2 buang masa cmni?

Quote Skuau 7-2-2026 08:52 PM
Korang bersedih la...sementara onglain 'tak habis2....'

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.371579 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top