CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengosongan ladang babi Tanjung Sepat selesai suku ketiga tahun ini - Izham Hashim

9-2-2026 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30035| Komen: 2

  


SHAH ALAM – Semua ladang ternakan babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan dikosongkan sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, proses pengosongan ladang itu sedang berjalan secara berperingkat dalam tempoh enam bulan yang diberikan kerajaan negeri.

Tegasnya, tindakan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk isu pencemaran dan ancaman penyakit Demam Babi Afrika (ASF) yang dikesan masih aktif di kawasan berkenaan.

“Keputusan kerajaan Selangor adalah tidak akan memperbaharui lesen mereka (penternak) dan sekarang adalah proses pengosongan.

“Kita beri tempoh enam bulan atau sehingga suku ketiga tahun ini (September) untuk mereka selesaikan baki ternakan yang ada. Selepas itu, kawasan berkenaan mesti bersih,” katanya pada majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Selangor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Izham, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor sentiasa melakukan pemantauan ketat terhadap baki ternakan yang masih ada. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 9-2-2026 06:02 PM
Ladang Babi gomen susah nak selesaikan, kuil haram apa tah lagi. Ini semua kerana politik
Quote clueless_gamer 10-2-2026 04:46 AM
ladang babi ni buat dekat tempat pemakan dia lah.. tu je org melayu nak sebenarnya selama ni, bukan kami yang kena terpaksa hadap busuk hanyir lalat penyakit ni semua.. yg untung berbillion korang yg susah kami..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055422 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top