CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Selangor tidak berkenan penternakan khinzir di semua daerah

10-2-2026 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22878| Komen: 25


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor kerana ia berpotensi menimbulkan pencemaran alam sekitar serta keresahan dalam kalangan masyarakat.

Sultan Selangor tidak berkenan ternak di Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor kerana ia berpotensi menimbulkan pencemaran alam sekitar serta keresahan dalam kalangan masyarakat.

Sultan Selangor tidak berkenan ternak di Selangor


Menurut Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pendirian tersebut selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyarankan supaya projek penternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatalkan.

Menurutnya, isu tersebut turut dibincangkan ketika perdana menteri menghadap Sultan Sharafuddin pada 8 Februari lalu sebelum Anwar menegaskan keesokan harinya bahawa kerajaan tidak bersetuju penternakan babi dijalankan di kawasan yang mendapat bantahan penduduk tempatan serta boleh mencetuskan kontroversi.

“Sultan Selangor menyambut baik kenyataan Perdana Menteri dan menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di negeri Selangor kerana ia boleh menyebabkan pencemaran udara, sungai serta kawasan tadahan air yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Munir berkata, cadangan penternakan babi di Bukit Tagar yang merupakan kawasan penempatan orang Melayu dan Felda dijangka menerima bantahan penduduk setempat selain berisiko menjejaskan alam sekitar.
Artikel lain: Perlu dihentikan! Sultan Selangor titah tiada lagi penternakan khinzir di Tanjong Sepat

Tambahnya, walaupun teknologi penternakan moden mampu mengurangkan pencemaran, kos pelaksanaannya adalah tinggi dan tiada jaminan sepenuhnya bahawa ia tidak akan menjejaskan sumber air.

Selain faktor pencemaran, beliau berkata, penternakan babi juga tidak sesuai dilaksanakan di Selangor berikutan kekangan tanah serta nilai hartanah yang tinggi, yang sepatutnya dimanfaatkan untuk pembangunan lebih berdaya ekonomi dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin menyarankan supaya keperluan daging babi bagi masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di Selangor dipenuhi melalui kaedah pengimportan, sekali gus dapat menamatkan isu berpanjangan berkaitan penternakan babi di negeri ini.

Baginda turut menegaskan agar isu tersebut dimuktamadkan demi menjaga keamanan, keharmonian serta perpaduan masyarakat dan menyeru semua pihak menghormati titah Baginda.
 
Sumber: Facebook Selangor Royal Office, OhMyMedia
 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 10-2-2026 03:06 PM
daulat tuanku!

iols x faham keperluan utk adakah ladang ternakan khusus. import kan senang?
Quote s@s@ 10-2-2026 04:20 PM
team probabi ok x tu...

itu hari beriya amir pendek dok bodohkan org
Quote TeropongSenyap 10-2-2026 05:41 PM
Syukur la sultan sendiri yg bersuara. Harap jgn pindahkan projek ke negeri lain yg terdekat pula hendaknya
Quote B40tastePosh 10-2-2026 06:26 PM
Edited by B40tastePosh at 10-2-2026 06:29 PM

Malaysia dah banyak pengalaman terkena Virus Nipah dulu.

Daging Babi korang nak makan, import jelah dari Russia. Kenapa sampai nak menternak?

Kawasan tropika ni mudah terkena wabak sebab biodiversity kita besar.

Banyak vector pembawa penyakit, Nyamuk, Lalat, Langau, Pikat the whole year tanpa hibernisasi.

Benda ni ditakuti menjangkiti ternakan lain seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.
Quote kemaruk 10-2-2026 06:49 PM
sampai 2 kali istana selangor buat statement kat fesbuk hari ni

semoga team probabi akur dengan kehendak pemilik sah negeri selangor yakni sultan selangor

#tanahinibertuan
#daulattuanku
Quote blue_blur 10-2-2026 08:29 PM
dah direct tuanku cakap.. apa lagi nak konar... benda dah jelas.. tuan tanah tak bagi, tak bagi lah... selama ni dok konar sebab nak menang undi.. harap2 ler tuanku sihat panjang umur tegas bab2 macam ni....
Quote Firenzza 10-2-2026 08:38 PM
Harap ada la sapa2 blh disclose sykt & muka tokey2 babi yg dok push embee sgor suh buat ladang babi tu....terlalu berahsia sgt mcm kes gas meletup sampai ke sudah NFA
Quote Purestteam1 10-2-2026 08:52 PM
terbaik
Quote tungkai 10-2-2026 10:21 PM
Kalau dah 2 kali bagi tau, kalau pro babi ni nak spin lagi memang babi laa..
Quote ninja boy 11-2-2026 12:22 AM
Bagusla tu 1 negeri reject ladang babi
Quote cutieslilies 11-2-2026 07:41 AM
ayam daging ko boleh import,...tetiba babi nak ternak... gila ka apa...import jerlaaaa
Quote Siput_Sawah 11-2-2026 08:39 AM
daulat tuanku
Quote n3ar 11-2-2026 08:48 AM
elok la sultan selangor berkeras bab perternakan babi dan kuil haram ni...


next stop, mesti tauke babi ni g cari kat perak atau negeri sembilan
Quote bulan_gerhana 11-2-2026 09:17 AM
daulat tuanku..

[walau iols dah x duk selangor tapi still la my family semua kat selangor]
Quote belilies 11-2-2026 10:45 AM
Apa maksud brooch katak yg sultan ni pakai?
Quote Decaffeinated 11-2-2026 02:31 PM
makes no difference to me.
Quote Minami2013 11-2-2026 03:28 PM
Sarawak offer export babi hidup kat selangor
Quote Kukukakikakakmu 11-2-2026 03:38 PM
daulat tuanku..baguslah cmtu, tak ada keperluan pun
Quote Skuau 11-2-2026 05:08 PM
Edited by Skuau at 11-2-2026 05:09 PM

bukan Sawak nak ANTAR(eksport) BABI HIDUP KE SEMENANJUNG KE??? #Beli10PercumaSekor

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.057070 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top