CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Beego Kejam, Sengaja Lengahkan Proses cerai” - Linda Hashim

10-2-2026 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24072| Komen: 17

 



Pelakon Linda Hashim menyifatkan suaminya, Beego kejam kerana didakwa sengaja melengahkan proses perceraian mereka yang sudah hampir setahun berlarutan.

Memetik BH Online, Linda berkata rumah tangga mereka sudah lama rosak dan baginya tiada lagi yang perlu dipertahankan.

“Dia kejam dan sengaja mahu memanjangkan keadaan ini. Pada saya, cukuplah. Perkara ini sangat kejam terhadap saya.

“Dia tahu keadaan saya sekarang. Kes ini sudah setahun berjalan, tetapi dia masih tidak mengalah. Jadi, pada saya, dia memang kejam,” katanya.

Sementara itu, Linda berkata seandainya mereka kembali bersama bimbang keadaan menjadi lebih berkecamuk apatah lagi dia sudah bertahun-tahun menganggung kesakitan.

“Jika kami kembali bersama, saya tahu ia akan membawa kepada perkara yang tidak baik. Dia sepatutnya lebih matang. Dia perlu fikir apa yang akan berlaku pada masa depan jika kami kembali berbaik. Perkara ini tidak berlaku kepada dia.

“Semua ini berlaku kepada saya. Saya yang menanggung kesakitan bertahun-tahun, sedangkan dia tidak pernah merasainya,” katanya.

Dalam pada itu, Linda mendedahkan Beego turut menfailkan tuntutan wang tunai sebanyak RM10,000 terhadapnya namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

“Dia failkan tuntutan RM10,000 terhadap saya. Dia masukkan pembelaan dan meminta jumlah itu. Namun, dia tidak nyatakan tuntutan tersebut untuk apa. Mungkin untuk kos-kos tertentu,” katanya.

Sumber: BH Online, Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 10-2-2026 05:37 PM
Saja tu nk abuse mental linda
Quote Prahara 10-2-2026 07:20 PM
Kejam punya jantan menyiksa isteri!! Redflag bethol untuk dibuat suami. Harap waniter lain elakkan dari bersuamikan lelaki macam ni
Quote kiwibenz 11-2-2026 01:04 AM
Kesian..lama nak selesai..teknik lelaki x nak lafaz
Quote annehuda 11-2-2026 02:10 AM
Ntahle hakim pun bodoh ke. Bersepah kot evidence si beego ni mmg ego, buat maksiat masuk kelab sana sini. Kalau kes bini nusyuz ke cepat je ko luluskan
Quote PinkyPie 11-2-2026 05:50 AM
Cepat mampos la mamat ni
Quote SalenaGomez 11-2-2026 06:16 AM
annehuda replied at 11-2-2026 02:10 AM
Ntahle hakim pun bodoh ke. Bersepah kot evidence si beego ni mmg ego, buat maksiat masuk kelab sana  ...

SG wonder 2 benda:
1. Kita ada right x utk tukar judge
2. cerai taklik boleh apply ke kes dia ni sbb byk sgt yg dilanggar
Quote AWEKSAMURAI 11-2-2026 07:07 AM
SalenaGomez replied at 11-2-2026 06:16 AM
SG wonder 2 benda:
1. Kita ada right x utk tukar judge
2. cerai taklik boleh apply ke kes dia ni s ...

Linda x hire lawyer ke suh lawan .. tuntut sampai habis bulu mcm. Cousin aku buat . Cousin aku pun sama berbelas tahun laki dia gantung keluar masuk penjara .. tu pun hakim x nk lulus kan cerai ... Ending dorang suh sepupu aku hire lawyer .. 5 bulan fight dpt cerai tu .. tp sepupu aku bayar dkt 10k jgak
Quote AuntyZaza 11-2-2026 09:41 AM
Kesian Linda ni
Quote scarflicious 11-2-2026 09:45 AM
bila kita kata sistem kehakiman syariah kita perlu dibaiki, ramailah enabler.peguam pon sama jadi enabler. belum lagi lelaki2 dayus.
Quote kaseh80 11-2-2026 09:50 AM
Tolonglah Linda kesian kes berlarutan
Lawyers NGO berilah bantuan kepada wanita wanita yg dianaiya seperti kes kes Linda ni
Quote lolipopmanish 11-2-2026 09:53 AM
Kejam nya jantan tak guna ni yihhhh
Quote meah_kelabu 11-2-2026 10:53 AM
tak boleh cerai hakam ke?
Quote supernaturalee 11-2-2026 11:33 AM
eloknya cancelkan je ape jugak project on going dan dlm planning yg melibatkan si beguk nih



kes linda ni nk kena bg viral kaw2 rsnya

tag menteri agama nu jugak

baru laju kot
Quote supernaturalee 11-2-2026 11:37 AM
dlm kes ni, pentingnya tekankan kt anak2 perempuan kita spy be strong

kena berdiri atas kaki sendiri

jgn 100% letak kekuatan diri tu pd pasangan

baik mental atau fizikal; duit dan harta

pentingnya sayang diri sendiri, kena bijak menilai sblm buat keputusan

dengar nasihat org keliling jugak

kdg diri sendiri x nampak

klu dh terlajak gini, tengokla, bukan senang ye nk melepaskan diri

Quote dewi_rina 11-2-2026 11:40 AM
Cantik linda ni, kalau cerai masa muda2 dulu boleh mendonia balik

Silap2 boleh jadi duta baju raya dgn anak2
Quote per706 11-2-2026 11:41 AM
Edited by per706 at 11-2-2026 11:43 AM

That's so dissssgusting man.

Quote heythere123 11-2-2026 03:41 PM
semoga dipermudahkan. Penat la tengok jantan tagune ni boleh tersengih macam kerang busuk

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.220343 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top