CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dah 10 Tahun Hiburkan Rakyat Malaysia, Tapi Masih Ada Yang Hina & Mengecilkan Saya” - Aliff Syukri

10-2-2026 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23805| Komen: 6

 



Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia sudah membelanjakan hampir RM1 juta sepanjang 10 tahun dia mengeluarkan lagu-lagu nyanyiannya.

Memetik mStar Online, Aliff berkata untuk menghasilkan lagu bukan proses mudah kerana memerlukan kos tinggi untuk kualiti terbaik.

“Setiap lagu boleh menelan belanja lebih RM100,000 termasuk bayaran kepada penari, komposer, pemuzik, penulis lirik dan juga syarikat rakaman. Secara anggaran saya dah membelanjakan RM1 juta untuk terbitkan lagu sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff berkata dia terkilan ada yang memperkecilkan dirinya namun meskipun tanpa promosi lagunya mendapat sambutan.

“Saya dah hiburkan rakyat Malaysia selama 10 tahun tapi masih ada yang menghina dan mengecilkan saya. saya hanya ingin menunjukkan bakat saya.

“Walaupun tanpa label dan pemasaran, lagu saya tetap menjadi tular. Ramai orang suka dengar suara saya. Saya cuma minta satu perkara saja, dengar dan hargai bakat saya,” katanya.

Sumber: mStar Online,Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-2-2026 03:32 PM
Palahotak kaww
Quote MistrezHermanaz 10-2-2026 04:05 PM
kuar lagi lagu baru kan tahun ni..terlalu pulak kt tt iols..sakit gegendang telinga
Quote talapia 10-2-2026 04:44 PM
MistrezHermanaz replied at 10-2-2026 04:05 PM
kuar lagi lagu baru kan tahun ni..terlalu pulak kt tt iols..sakit gegendang telinga

hah? ada jugak ke?
ingat dah bizi jual batu.. tak sempat buat lagu raya.. adoila..
ada ke lagu dia yg melekat?
pernah dengar lagu duet dia dengan Iman Troy je. Yang bolehla terima
Quote borrow 10-2-2026 04:53 PM
ragebait ni.
Quote slyfynx 10-2-2026 09:32 PM
Bee Eh Bee Eye.
Tu je mampu kutulis
Quote AuntyZaza 11-2-2026 09:40 AM
Yelah terhibur sangat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.635692 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top