CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Isa Samad menangis, ahli keluarga lain berpelukan selepas hakim kekal penjara 6 tahun terhadapnya

10-2-2026 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25139| Komen: 41

 


PUTRAJAYA: Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Persekutuan hari ini apabila bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad dibawa keluar polis sejurus mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam tahun selepas sabitan terhadap kes rasuahnya dikekalkan.

Ahli keluarganya yang duduk di galeri awam di belakang beliau tidak dapat menahan sebak apabila Hakim Datuk Nordin Hassan mengekalkan penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadap Mohd Isa.

Isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, dilihat menangis ketika ahli keluarga lain cuba menenangkannya, manakala beberapa yang lain turut berpelukan sesama sendiri.

Bagaimanapun, Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kekal tenang sepanjang lebih satu jam penghakiman dibacakan. 

Beliau kemudian segera dibawa polis ke bilik tahanan sebaik prosiding berakhir.

Ahli keluarganya selepas itu meninggalkan bilik mahkamah dan menuju ke kawasan lokap bagi bertemu dengannya.

Hukuman terhadap Mohd Isa itu bagi sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pemerolehan Hotel Merdeka Palace & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).

Mohd Isa akan menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Nordin, sebulat suara membuat keputusan terhadap Mohd Isa, 77, itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024.

Turut bersidang dalam panel berkenaan ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz selaku perayu dan Mohd Isa selaku responden diwakili peguam, M Athimulan.

Panel tiga hakim itu memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Isa menerima rasuah sebagai balasan membantu meluluskan pembelian hotel berkenaan, selain anggapan berkanun di bawah undang-undang antirasuah gagal dipatahkan.

Menyifatkan rasuah sebagai satu perbuatan keji yang boleh memusnahkan negara, Nordin berkata, hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi adalah wajar, seimbang dan berfungsi sebagai pencegah.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah dan sembilan pertuduhan menerima suapan membabitkan lebih RM3 juta berkaitan kelulusan pembelian sebuah hotel di Kuching oleh FICSB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Aras 49, Menara FELDA, Persiaran KLCC, antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Mohd Isa didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Mac 2024, Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan selepas membenarkan rayuannya.

Sumber – BH

 
 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-2-2026 05:16 PM
Nak dekat bulan puasa ni org lain aman2 je berbuka puasa kat rumah dgn keluarga yg dia ni umur bau bau tanah dah kene meringkuk dalam penjara.di bulan Ramadhan yg mulia ini. sedehhh
Quote missyL 10-2-2026 05:35 PM
Gitula.
Buat slh kene hukum lau xde cable
Tgok 47 kes aman aman sajooo
Quote Lily_Elizabeth_ 10-2-2026 09:28 PM
Bukan mati pun!. Masih hidup!

Ada orang dapat musibah Kematian!!!
Quote pengecatbintang 10-2-2026 09:37 PM
menangis konon

masa ko menyakau..

tak ingat dosa pahala

[youtube]vua37LXmMUo[/youtube]


Quote TOPwind 10-2-2026 09:49 PM
Jadi MB N9 berkurun2
pun tak cukup makan

Duit FELDA di samun pun tak cukup makan,
Dah tinggi lampai pun masih nak tinggi lagi.

Quote akido_kido 10-2-2026 10:12 PM
kalau betul dia salah memang selayaknya cuma aku pelik lately makin ramai orang2 pangkat besar type m ke dalam..apa type lain semua suci murni kah..tanya je
Quote tukul 10-2-2026 10:13 PM
missyL replied at 10-2-2026 05:35 PM
Gitula.
Buat slh kene hukum lau xde cable
Tgok 47 kes aman aman sajooo

Tunggu masa... 5, 10 tahun lg..kalau pjg umur...Isa dulu pun rasa selamat...
Quote pengecatbintang 10-2-2026 10:15 PM
Edited by pengecatbintang at 10-2-2026 10:16 PM
akido_kido replied at 10-2-2026 10:12 PM
kalau betul dia salah memang selayaknya cuma aku pelik lately makin ramai orang2 pangkat besar type  ...

kes Bijan & Isa

start sblm 2022

start sblm madani


Quote AngelFreakyAF 10-2-2026 10:26 PM
akido_kido replied at 10-2-2026 10:12 PM
kalau betul dia salah memang selayaknya cuma aku pelik lately makin ramai orang2 pangkat besar type  ...

Semua taiko C tu dilindungi..
Ni yg M kena tangkap tanda aras SPRM buat keje jerr..
Quote pengecatbintang 10-2-2026 10:39 PM
AngelFreakyAF replied at 10-2-2026 10:26 PM
Semua taiko C tu dilindungi..
Ni yg M kena tangkap tanda aras SPRM buat keje jerr..

masa Ton M & Bijan PM

ada tak taikun n politikus cine kena masuk dalam?
Quote terma2nkondisi2 10-2-2026 10:49 PM
ada walanon menggelupor ingatkan isa samad baru kena tangkap semalam zaman madani
Quote terma2nkondisi2 10-2-2026 10:52 PM
najib kena tangkap walanon menggelupor nak claim kena tangkap zaman madani

bung mokhtar kena tangkap walanon menggelupor nak claim kena tangkap zaman madani

isa samad kena tangkap walanon menggelupor nak claim kena tangkap zaman madani

zahid kena tangkap walanon menggelupor nak claim kena tangkap zaman madani

Quote terma2nkondisi2 10-2-2026 11:06 PM
walanon2 buat2 lupa apa yg tengku maimun, iaitu hakim kegemaran walanon2, pernah cakap tak lama dulu.. nak tepek sini ke?

walanon2 juga seakan2 lupa apa yg unsung hero kes 1mdb, bahri mohammad zin pernah cakap tak lama dulu.. nak tepek sini gak ke?
Quote pengecatbintang 10-2-2026 11:18 PM
terma2nkondisi2 replied at 10-2-2026 10:49 PM
ada walanon menggelupor ingatkan isa samad baru kena tangkap semalam zaman madani

so..

menteri bole komen mendahului mahkamah tak?

konon blaja law

nak menipu

ingat orang lain bodo law ke?


Quote terma2nkondisi2 10-2-2026 11:23 PM
Edited by terma2nkondisi2 at 10-2-2026 11:25 PM

walanon yg sorang perasan mcm dia sorang je walanon dlm dunia ni

pastu asyik2 ulang2 benda lama yg dah dijawab lama dah.. saja nak bagi acik2 porem ingatkan yg perkara tu masih belum dijawab

pastu letak la gif rasa kononnya mcm dah bagi ayat padu dah tu
Quote Purestteam1 11-2-2026 04:59 AM
sblm ni banyak dengar perangai/kes hamba allah ni... akhirnya....
Quote pengecatbintang 11-2-2026 07:29 AM
Edited by pengecatbintang at 11-2-2026 07:31 AM
terma2nkondisi2 replied at 10-2-2026 11:23 PM
walanon yg sorang perasan mcm dia sorang je walanon dlm dunia ni

pastu asyik2 ulang2 benda la ...

so..

menteri bole komen mendahului mahkamah tak?

konon blaja law

nak menipu

ingat orang lain bodo law ke?

[youtube]NG3aPXMSB10[/youtube]





Quote nisako 11-2-2026 07:58 AM
padan le mukaaaaaaaaaa
Quote akies 11-2-2026 08:01 AM
Tak kesian langsung.
Masa jd MB N9 , tak membangun langsung seremban tu.
Dh jg pekan mati.
Sedih N9 masa tu.
Lepas ko dh turun tahta, baru la ada perubahan.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.742233 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top