|
Pelakon Ammar Alfian berkata dia merancang untuk bersara dari industri seni tahun hadapan selepas dua dekad bergelar anak seni.
Memetik mStar Online, dia membuat keputusan itu selepas pelbagai jenis watak yang dibawanya sepanjang bergelar pelakon. “Alhamdulillah sekarang ini saya gembira dengan apa yang saya peroleh (lakonan) serta pengalaman yang saya dapat. “Ya saya memang akan bersara sebab semua (watak) saya dah buat. Tapi masih belum tahu lagi bila, tapi kemungkinan tahun depan. “Saya memang minat berlakon tapi kalau dah setakat macam itu saja selama 20 tahun nak buat macam mana kan?” katanya. Sementara itu, Ammar berkata selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti dia sudah ada perancangan tersendiri iaitu fokus dalam perniagaannya. Menurut Ammar, kebanyakan karya atau trend drama yang dihasilkan sekarang dilihat klise dan lebih kurang sama. “Drama sekarang banyak yang sama saja. Cerita yang lebih kurang. Sama juga macam watak saya. Cuba bagi saya watak ustaz, bolehkah? Agak-agaknya ada ke orang yang akan tawarkan? Mesti tiada,” katanya. Sumber: mStar Online,Rotikaya
|

prince_marhaen replied at 11-2-2026 09:56 AM
ustaz kuat kongkek jemaah ke...

prince_marhaen replied at 11-2-2026 09:56 AM
ustaz kuat kongkek jemaah ke...

Perils replied at 11-2-2026 01:48 PM
Watak pondan/gei pun lom lg la

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.815432 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.