CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki dipercayai bunuh ibu kandung didakwa hari ini

11-2-2026 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12805| Komen: 4

 



ALOR SETAR: Lelaki yang ditahan polis kerana disyaki membunuh ibunya, di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada 2 Februari lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret, hari ini.

Suspek berusia 29 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara di sini.

Mangsa dikenali sebagai Zahrullail Basir, 52, bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank di sini. 

Susulan daripada itu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun yang juga anak kandung mangsa dalam bas persiaran ketika suspek dalam perjalanan menuju ke Selangor pada malam selepas kejadian.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek dipercayai mempunyai hutang pinjaman 'along' yang dibuatnya di Pulau Pinang. 

Sumber: Berita Harian
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-2-2026 10:00 AM
Benci aku kejadian macam ni, triggered me so much. My mom almost died of this kind of taik dadah, pemalas kerja, kuat berhutang. Itupun sampai skrg dok asyik kenang2 lagi anak sial dia tu.
Quote supernaturalee 11-2-2026 10:24 AM
puasa dgn raya di balik tirai besi la nmpk gayanya


Quote lanacondor 11-2-2026 11:29 PM
Nauzubillah... semoga keluarga kita semua dijauhkan dari perkara2 mcm ni. Aamiin
Quote delia3003 12-2-2026 12:33 AM
Kesian kat adik² hilang tempat bergantung.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.895875 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top