CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perompak menyamar polis letup van bawa wang di lebuh raya Itali

11-2-2026 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15251| Komen: 1

 


ROM: Sekumpulan perompak bersenjata berat menyamar sebagai polis bertindak menyekat lebuh raya di selatan Itali, sebelum meletupkan sebuah van berperisai yang membawa wang sebelum berbalas tembakan dengan anggota keselamatan.

Kumpulan perompak berkenaan menyekat lebuh raya 613 di wilayah Puglia menggunakan senapang Kalashnikov, lapor portal berita dailymail.uk, semalam.

Mereka juga bertindak menyekat jalan berkenaan dengan membakar sebuah lori, selain menggunakan kenderaan polis palsu sebelum menghampiri van berperisai berkenaan.

Rakaman kejadian itu menunjukkan penjenayah bersembunyi di belakang sebuah kereta ketika van berperisai itu meletup menyebabkan api dan serpihan berterbangan ke kawasan sekitar.

Rakaman lain oleh pengguna jalan raya menunjukkan sekurang-kurangnya enam suspek bertopeng, sebahagiannya memakai pakaian putih dan membawa senjata, bergerak dari satu kenderaan ke kenderaan lain.

Kenderaan yang disasarkan milik Battistolli, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan wang berperisai di seluruh Itali.

Media tempatan melaporkan, pemandu lain yang terperangkap dalam serangan itu turut dirompak oleh kumpulan penjenayah berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri, mencetuskan aksi kejar-mengejar dengan polis menyebabkan sebuah kereta pasukan keselamatan berkenaan terkena tiga das tembakan dan sebuah kenderaan lain dilanggar.

Polis kemudian menemui sebuah kereta ditinggalkan di kawasan luar bandar, sebelum menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri dengan berjalan kaki di kawasan berhampiran.

Lelaki itu ditahan bersama seorang lagi anggota kumpulan berkenaan yang turut cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, rompakan itu dilaporkan gagal apabila kumpulan terbabit tidak berjaya melarikan sebarang wang daripada van berperisai berkenaan. – AGENSI


Sumber: Berita Harian
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 11-2-2026 11:54 AM
baru real money heist

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 1.214503 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top