CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hutang Jepun melonjak ke paras tertinggi 1,342.17 trilion yen pada akhir 2025

11-2-2026 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18743| Komen: 2

 



TOKYO: Jumlah hutang Jepun melonjak ke paras tertinggi 1,342.17 trilion yen (AS$8.6 trilion) pada akhir 2025, menurut data Kementerian Kewangan pada Selasa, susulan janji Perdana Menteri, Sanae Takaichi untuk meningkatkan perbelanjaan fiskal yang menimbulkan keraguan terhadap prospek kesihatan fiskal negara itu.

Menurut laporan Kyodo News, jumlah hutang Jepun meningkat 24.54 trilion yen berbanding tahun sebelumnya, kini lebih dua kali ganda saiz ekonominya dan berdepan tekanan peningkatan akibat kos keselamatan sosial, pertahanan negara dan pembayaran hutang yang meningkat sejajar dengan peningkatan hasil bon kerajaan selaras kenaikan kadar faedah jangka panjang.

Setakat akhir Disember, hutang negara terdiri daripada 1,197.64 trilion yen dalam bon kerajaan, 44.13 trilion yen dalam pinjaman dan 100.40 trilion yen dalam bil pembiayaan, menurut kementerian itu.

Kos pinjaman jangka panjang meningkat seiring jangkaan pasaran bahawa Bank of Japan akan terus menaikkan kadar faedah, sementara kebimbangan terhadap kesihatan fiskal Jepun meningkat berikutan janji Takaichi untuk perbelanjaan fiskal agresif.


Sumber: -BERNAMA-KYODO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 11-2-2026 10:05 AM
Hutang dengan siapa nih?
Quote akido_kido 11-2-2026 11:28 AM
hayrin86: Hutang dengan siapa nih?


along yakuza

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.227311 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top