CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki parah dibelasah kanggaru ‘sado’

11-2-2026 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25380| Komen: 2



CANBERRA – Seorang warga emas di Australia berdepan detik cemas apabila dia dibelasah seekor kanggaru liar ketika cuba menyelamatkan anjing peliharaannya, lapor akhbar The Sun UK. 

Mangsa dikenali sebagai Col berkata, dia terdengar anjing kesayangannya menyalak dengan kuat semasa menginap di rumah seorang rakan di negeri Victoria. 

Col terkejut apabila melihat seekor kanggaru cuba melemaskan haiwan berusia tujuh tahun itu di sebuah empangan berhampiran.

“Kanggaru itu cuba menangkap (anjing saya), jadi saya mengambil sebatang kayu dan memukulnya,” kata Col. 

Situasi bertambah cemas apabila kanggaru tersebut tiba-tiba keluar dari air dan mula menumbuk Col. 

“Kanggaru itu keluar dari air seperti peluru dan menanduk wajah saya sebelum saya ditumbuk. Apabila saya cuba melarikan diri, ia melompat ke atas dan tangannya mencengkam kepala sambil menendang saya berulang kali,” kata Col. 

Pertarungan tersebut berakhir apabila rakan Col menggunakan penyodok untuk menghalau haiwan itu. 

Col mengalami kecederaan serius termasuk luka di bahagian perut dan badannya. Imbasan ultra bunyi mendedahkan bahawa luka tersebut sedalam 7.62 sentimeter. 

Dia percaya bahawa baju yang dipakai semasa kejadian menghalangnya daripada mengalami kecederaan yang lebih teruk. 

Sumber – Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 11-2-2026 01:23 PM
tenor (5).gif
Quote Decaffeinated 11-2-2026 01:53 PM
The boxing kangaroo is real, rasanya ini yang warna merah tu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.932902 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top