|
Pelakon Aprena Manrose berkata dia menerima segala teguran netizen secara terbuka susulan dirinya kini tampil tidak berhijab.
Memetik mStar Online, Aprena bagaimanapun tidak mahu mengambil serius komen negatif yang dilemparkan kerana bimbang memberi kesan pada kesihatan mental. “Saya tak ada jawapanlah, tak boleh nak cakap sebab takut esok jadi lain, lusa jadi lain pula. Setiap orang ada ujian masing-masing. “Mungkin ini fasa di mana hati sedang rasa ingin buat apa sahaja untuk diri sendiri. Tak nak fikir pasal orang. Kalau fikir, takut saya jadi gila. Kalian tak nak saya gila kan? Saya pun tak nak jadi gila,” katanya. Sementara itu, Aprena berkata bapanya tahu mengenai keputusannya untuk tidak lagi berhijab serta memahami tindakannya. “Selagi benda itu ayah dan keluarga saya tahu, ia sudah memadai. Tak perlu saya nak bagi tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku. “Ayah saya juga faham (mengenai keputusan saya) dan respons dia adalah tidak mengapa, janji tidak tinggal solat,” katanya. Aprena turut mengulas mengenai penampilannya dalam satu drama tidak memakai hijab, dia menjelaskan ia hanya tuntutan watak. “Ketika ditawarkan mereka (pihak produksi) cakap watak itu tak bertudung dan saya jawab okay, boleh. Saya ingatkan bila cerita ini tayang nanti baru orang akan bercakap, tapi rupanya masa sesi fotografi lagi dah mula,” katanya. Dalam pada itu, Aprena berkata dia tidak terkesan dengan komen netizen serta memahami teguran diberikan mungkin kerana sayang serta memohon maaf atas tindakannya itu. “Saya faham mungkin mereka tegur sebab sayang. Saya pun rasa sayang dengan tindakan saya ini, tapi hanya saya saja yang tahu dan faham sebabnya. Saya minta maaf,” katanya. Sumber : mStar Online, Rotikaya
|
akido_kido replied at 11-2-2026 05:46 PM
kenapa ek perempuan mesti nak tunjuk rambut? tanya je
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.349764 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.