CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kak KM nafi canang isu rumah tangga kakak sendiri - " Itu kehidupan dia, bukan saya"

11-2-2026 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16785| Komen: 3

 


Pempengaruh serta usahawan sensasi, Kak KM menyangkal dakwaan kononnya dia menjadi penyebar kisah pergolakan rumah tangga kakaknya, Kak Nona yang kini dalam proses perceraian, sehingga tular dalam media sosial.

Ujar Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 45, tuduhan mengaitkan dirinya dalam hal peribadi orang lain adalah tidak berasas.

“Saya tak pernah pun sebut tentang rumah tangga dia. Apa berlaku, dia sendiri bercakap. Itu kehidupan dia, bukan saya.

“Bila orang tanya Kak Nona, ‘Suami mana?’ dia jawab balik kampung. Lepas itu suami pula buat siaran langsung, orang tanya, ‘Abang tengah pujuk Kak Nona ke?’,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah anak kepada aktres senior Normah Damanhuri itu, namanya sering dipetik seolah-olah dia menjadi pencetus tersebarnya isu perceraian Nona, sedangkan perkara tersebut langsung tidak pernah keluar dari mulutnya.

“Jadi jangan petik nama saya dan cakap saya kata dia nak bercerai. Demi Allah, saya tak pernah cakap begitu.

“Buang masa nak cerita hal orang. Rumah tangga sendiri pun belum tentu terjaga. Tak payah petik-petik nama saya,” ujarnya pada acara Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di sini, semalam.

Paling sakit katanya, tuduhan berkenaan benar-benar mengganggu emosi kerana selama ini dia memilih berdiam diri meskipun pernah melalui konflik keluarga tanpa membuka cerita kepada umum.

“Saya tak pernah langsung buka kisah pasal dia. Isu ini buat saya ‘trigger’ sampai terpaksa bersuara.

“Lebih setahun kami bergaduh pun, tiada siapa tahu. Kami pilih diam. Bila jadi macam ini, nama saya pula dipetik dengan cerita tak betul, itu sudah jadi fitnah,” luahnya.

Terdahulu, timbul dakwaan dalam media sosial kononnya Kak KM menjadi individu menyebarkan masalah rumah tangga Kak Nona, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan reaksi netizen. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misszazaz 12-2-2026 08:51 AM
hhrrrmmmm
Quote laksmanabentan 12-2-2026 09:00 AM
teringin nak komen
kak nona tu muka dia flawless giler kannn
sikit kedutan pun takde uoolllsss
mcm Kak M nih nampak ler sikit real muka dia
Quote AuntyZaza 12-2-2026 09:12 AM
Aku duduk dekat dgn kak KM ni, x penah borak. if jumpa pun buat2 x kenal. If aku g makan kat kedai tomyam, selalu nmpk dia makan kat sana jg. 1 je nak ckp, apa yg dia potray kat media sosial x sama langsung dengan reality. Makan ramai dgn mak pelakon dia tu, siap dia suap. xde jerit2 terkedik. makan ok je. walau mereka ramai, xde pun bising. muka mmg licin gila.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 2.036316 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top