CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya dan Tom masih suami isteri' - Fuad Rahman

11-2-2026 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17075| Komen: 13

 



Penyanyi asal Singapura, Fuad Rahman, 47, memaklumkan dia dan Tom masih lagi sah sebagai suami isteri dan hubungan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.

Menurut Fuad, perkahwinan selama tiga tahun bersama Tom sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, hingga kini tiada masalah walaupun sekarang tinggal berjauhan.

"Saya dan Tom masih suami isteri yang sah. Namun, saya tak nafikan sangat terkejut dengan hantaran dimuatnaik oleh Tom di Facebook baru-baru ini sehingga ramai yang beranggapan rumah tangga kami bermasalah dan sudah berpisah.

"Alhamdulillah, hubungan rumah tangga yang kami bina berada dalam keadaan baik. Cuma, sekarang saya bersama anak kami, Putri Anggun Lovellia atau Anggun, 2, tinggal berjauhan dengan Tom seketika.

"Saya dan Anggun menetap di Melaka kerana saya juga akan ke Singapura atas urusan kerja serta persembahan nyanyian, manakala Tom pula bersama dua anak lagi kini tinggal di Pahang serta dia (Tom) juga ada tawaran menyanyi di sana.

"Hari-hari saya dan Tom akan berhubung tanya khabar di telefon dan hubungan kami suami isteri dalam keadaan baik sahaja. Tom minat meluncur laut, jadi ketika ini saya benarkan dia 'me time' sambil bekerja di Pahang," katanya dihubungi Harian Metro.

Ujar Fuad lagi, sebagai suami yang menghormati minat isteri, dia sentiasa menyokong Tom dan memberikan kebenaran. Ditambah sekarang ini, Anggun juga sudah tidak menyusu badan.

"Saya pun baru sebulan menjaga Anggun kerana Tom berada di Pahang dan bekerja. Sebagai suami isteri, kami saling memahami serta membantu dalam penjagaan anak kerana saya tahu minat Tom terhadap aktiviti meluncur.

"Insya Allah selepas monsun laut habis tidak lama lagi, kami akan berjumpa semula dan tinggal bersama serta menjalani puasa Ramadan. Selain itu, saya dan Tom pun tidak lama lagi akan muncul dengan lagu duet baharu.

"Saya harap dengan penjelasan saya ini, tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan timbul mengenai persepsi hubungan rumah tangga kami. Sekali lagi, ditegaskan saya dan Tom masih suami isteri yang sah," katanya.

Baru-baru ini, Tom atau nama sebenar, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, bertindak memuatnaik hantaran meluahkan isi hatinya di Facebook dan menarik perhatian ramai yang juga bimbang mengenai keadaannya.

"Hidup i kat dunia ni selalu bawak sial kat orang. Kenapa lah aku dijadikan sebagai aku... Aku penat jadi aku...," tulisnya pada hantaran berkenaan.

Status hantaran dibuat Tom yang juga peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menimbulkan tanda tanya ramai berikutan dia turut memaklumkan dirinya sedang 'down' tanpa berkongsi sebarang punca.

Difahamkan sebelum Tom bernikah dengan Fuad, mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara.

Hubungan pasangan ini bagaimanapun mekar semula sehingga bernikah selepas masing-masing bertemu kembali di GV9 pada 2022.

Sumber – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mh17 11-2-2026 09:01 PM
View byk,tp ta ada yg komen.sungguh sendu couple ni..
Quote AWEKSAMURAI 11-2-2026 09:14 PM
Hidup kalau terlalu rasa bagus sgt susah Tom .. berbalik kepada fitrah mintak je maaf dkt org2 yg penah ko sakiti n hancur kan hati tu je.... Dari anak pertama sampai skrg jalan cerita hidup sama je .
Quote NuansaBiru 11-2-2026 09:52 PM
Ni kapel yg tengok dr gambar pun dah bau busuk
Sama mcm poen family
Quote Perawankota 11-2-2026 10:15 PM
Tu aku pelik. Mula2 duduk kt Empire Damansara, Pastu tiba2 pindah Melaka. Pastu tiba2 pindah Kuantan.. Klu setaka kt bam Poad sorg2 kerja, tak cukup belanja ke? Ni nak bayar sewa 2 umah lagi apa semua..
Quote red_velvet 11-2-2026 11:00 PM
Jahat tak kalau nak cakap  if jadi apa2 pun pada marriage diorang sikit pun acik por tak surprise? Huhuhu
Quote asfaz 11-2-2026 11:26 PM
red_velvet replied at 11-2-2026 11:00 PM
Jahat tak kalau nak cakap  if jadi apa2 pun pada marriage diorang sikit pun acik por tak surprise? H ...

Betul..dah diagak. Hubungan cintah timeline pun bercelaru.
Quote rayna_raynes 12-2-2026 02:50 AM
Perawankota replied at 11-2-2026 10:15 PM
Tu aku pelik. Mula2 duduk kt Empire Damansara, Pastu tiba2 pindah Melaka. Pastu tiba2 pindah Kuantan ...

keja kelab mcm tu la uols. Takdenya diorang nak hire laki bini satu kelab.
Quote miracle_forever 12-2-2026 03:28 AM
red_velvet replied at 11-2-2026 11:00 PM
Jahat tak kalau nak cakap  if jadi apa2 pun pada marriage diorang sikit pun acik por tak surprise? H ...

tom tu penyondol kan… selayaknya kalau laki bini busuk ni berantakan
Quote Kekunci_Hitam 12-2-2026 07:57 AM
dah lama tak follow life diaorg. ingatkan aman2 je kat rumah KL tuh.... dah dok asing pulokkk
Quote AuntyZaza 12-2-2026 09:08 AM
Baca luahan hati tom, mcm teruk emosi dia. semoga baik2 la tom
Quote 3chanceno 12-2-2026 09:15 AM
Anak tak sekolah ke duk Pahang?  
Quote prince_marhaen 12-2-2026 09:34 AM
Dah duduk asing ni paham2 je lah eh.
Ingatkan lepas kahwin haritu dah move on dengan hobby2 bagai... dah cari kerja tetap, kata nak buat bussiness...
Ini masih lagi kemaruk nak hadapkan nak surfing bagai...
Quote hotmak 12-2-2026 09:37 AM
dah duduk asing tu faham2 jelah, mcm kanlah dekat melaka takde kerja boleh apply sampai nak duduk jauh ke kuantan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.319883 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top