CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa rogol pura-pura mati untuk selamatkan diri

11-2-2026 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22871| Komen: 2

 



Sumatera: Pura-pura pengsan hingga disangka sudah mati menyelamatkan seorang wanita Indonesia yang menjadi mangsa rogol daripada dibunuh.

Taktik menyelamatkan diri wanita yang bekerja sebagai pencipta kandungan itu turut membolehkan dua suspek berusia 19 dan 17 tahun yang memperkosanya diberkas polis pada Ahad.

Kejadian dilapor berlaku di Mesuji, Lampung, Sumatera, Jumaat lalu, yang menurut Detik News bermula apabila suspek datang ke bilik didiami mangsa, berpura-pura untuk membaiki saluran paip.

Ketika itu mangsa berseorangan di dalam bilik. 

Ketua Polis Daerah Mesuji, Superintendan Besar Muhammad Firdaus berkata, siasatan mendapati seorang daripada suspek pernah membaiki paip di situ yang menyebabkan mangsa membenarkan dia masuk ke dalam bilik.

"Ketika itu mereka (suspek) cakap disuruh oleh pemilik rumah sewa, akhirnya mangsa yang pada mulanya ragu, percaya dan benarkan suspek masuk.

 "Sewaktu di dalam bilik seorang daripada suspek mengunci pintu dan mereka melakukan jenayah berkenaan," katanya yang memaklumkan mangsa kemudian berpura-pura pengsan untuk menyelamatkan diri.

Beliau berkata, suspek menyangka mangsa maut apabila melihatnya tidak bergerak dan berniat membuang mayatnya.

Namun katanya, ketika dalam perjalanan, mangsa perasan ada penduduk melalui kawasan dan bertindak terjun dari motosikal serta meminta tolong.

"Terkejut dengan tindakan itu, suspek melarikan diri dengan motosikal itu yang disahkan milik mangsa serta telefon bimbit miliknya," kata Muhammad Firdaus.

Menurutnya, suspek ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Mesuji dan didakwa mengikut Pasal 479 Ayat (1) kerana mencuri dan Pasal 473 ayat (1) kerana kekerasan seksual, Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023.

Sumber – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 11-2-2026 06:12 PM
Mujur lah si perogol itu bukan necrophillia

Kalau tak sia2 je
Quote KamikuP 12-2-2026 09:39 AM
Necrophilia tu apa bang kem?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.501995 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top