|
Pelakon Aishah Azman berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya dimana dia mengutamakan jejaka yang belum pernah berkahwin.
Memetik Oh Bulan, Aishah berkata jika diberikan pilihan dia mahukan lelaki yang bujang namun tidak menolak seandainya bertemu jodoh dengan duda. Menurut Aishah lagi, dia percaya ramai lelaki bujang di luar sana serta berseloroh dia mempunyai peluang untuk bertemu jodoh dengan lelaki bujang. “Kalau diberi jodoh yang baik, soleh, bertanggungjawab, bujang, fresh, kenapa tidak? Doakan yang baik-baik. Orang cakap kalau dah itu jodoh kita, kita tak menolak. “Tapi kalau boleh nak yang bujang. Yang betul-betul orang cakap tak pernah berkahwin. Kalau dah tak ada sangat pilihan untuk lelaki bujang, baru kita ambil yang duda. Tapi sejauh ini saya percaya ramai saja. “Kalau boleh elak, kita elak. Sebabnya bukan semua orang boleh terima. Bukan keluarga tak restu, tapi atas saya sendiri. Sebab saya rasa dengan umur saya masih lagi berpeluang untuk dapat lelaki yang fresh,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai hantarannya mendoakan buat Kamal Adli susulan kemelut rumah tangganya sebelum ini, Aishah berkata tiada niat lain sebaliknya hanya mendoakan buat rakan sekerjanya. “Sejujurnya, apa yang saya tulis itu sekadar niat untuk berdoa untuk rakan sekerja. Tiada lebih. Tapi mungkin ada orang yang salah tafsir disebabkan status Kamal dan status saya juga. Tiada niat yang lebih-lebih daripada apa yang orang fikirkan,” katanya. Sumber: Oh Bulan, Rotikaya
|


becir replied at 12-2-2026 02:53 PM
apsal dia ni xbaik with amira lagi
AkokKocik replied at 12-2-2026 09:10 PM
Dalam siri the crown.putera pilip ada bagi nasihat putera charles "bina hidup dgn org yg xde pengala ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.042134 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.