|
“Saya tak buncit tetapi hamil.”
Demikian yang dikongsi pelakon, Nad Zainal apabila ramai pihak menyuarakan pertanyaan mengenai perutnya yang dilihat semakin buncit. Menurut Nad, 35, perkara tersebut dikongsinya selepas menerima teguran tentang bentuk fizikalnya dan mengakui perutnya buncit bukan disebabkan pemakanan. “Ada orang tegur perut. Malaslah nak umum, sudah anak nombor empat. “Tapi cuma nak beritahu, saya buncit bukan fasal makanan,” katanya. Perkongsian tersebut meraih respons netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah selain mendoakan fasa kehamilannya dipermudahkan. Terdahulu, Nad dan suami yang juga pelakon, Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan anak lelaki, Indera Puteh kini berusia tiga tahun. Nad sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015 tetapi disahkan bercerai pada tahun 2022. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. Sumber:– KOSMO! ONLINE
|
Lily_Elizabeth_ replied at 12-2-2026 11:50 AM
Si pendek Ini. Dari baju kurung 80 hengget ke anak ramai ramai. Anak dia kata tak kisah sekolah kera ...
Joysparta replied at 12-2-2026 02:03 PM
Duit derma ritu dah selamat ke???
doubleA replied at 12-2-2026 04:49 PM
Obses sgt kt toklaki nya, hidup zuhud gitu sampai buang kwn segala. Apa2 jela nad hidup korang
Lily_Elizabeth_ replied at 12-2-2026 02:13 PM
Agaknya lah.
Selamat buat muka cam boneka.
Perawankota replied at 12-2-2026 05:41 PM
Tok laki dah x berlakon ke?
likilu replied at 12-2-2026 08:48 PM
Muka cantik n unik n lakonan dia pun biasa ok je
Tiber time jumpa laki ni time tu jugak jual supp ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.033306 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.