CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Soal kahwin lain, nanti-nantilah, saya tak sempat sunyi’ - Rebecca Nur Al-Islam

12-2-2026 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26311| Komen: 6


 


Mahu memberi fokus kepada diri sendiri dan keluarga, pelakon Rebecca Nur Al-Islam menegaskan masih belum bersedia untuk kembali bergelar isteri selepas melalui fasa perceraian pada Mei tahun lalu.

Rebeca, 40, berkata, dia tidak pernah berasa sunyi kerana kehadiran tujuh orang anak termasuk seorang anak angkat sentiasa menyerikan hidupnya.

“Alhamdulillah, tak sempat nak rasa sunyi sebab anak ramai sangat di rumah, hari-hari dipenuhi dengan kerenah mereka.

“Keutamaan saya ketika ini adalah anak-anak, bukan diri sendiri. Mereka adalah kebahagiaan saya.

“Soal kahwin lagi, nanti-nantilah dulu. Kita berhenti dulu bab-bab lain sebab saya memikirkan anak-anak sahaja. Perkahwinan bukan main-main,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada Majlis Pertunjukan Fesyen Amber Eid’s Times For Love di sini, baru-baru ini.

Tiada permusuhan, Rebecca menjelaskan hubungannya dengan bekas suami iaitu Datuk Nur Azman Sulaiman masih kekal baik selain berusaha memastikan perceraian mereka tidak memberi kesan kepada kesihatan mental anak-anak.

“Kami berpisah secara baik dan sehingga hari ini kekal begitu. Sebelum saya membuat keputusan untuk ke mahkamah, kami panggil dan maklumkan pada anak-anak terlebih dahulu.

“Kena jaga minda anak-anak sebab itu benda paling saya utamakan.

“Alhamdulillah, diam tak diam sudah hampir setahun berpisah. Dua bulan awal memang anak-anak sedih tetapi selepas itu mereka okey,” ujarnya.

Dia juga sempat menitipkan nasihat kepada individu yang berdepan episod perceraian agar terus kuat dan kekal reda dengan setiap ketentuan Tuhan.

“Sekiranya kita meninggal dunia hari ini, adakah kita akan membawa suami dan anak-anak bersama? Tidak kan. Jadi, itu yang menguatkan saya.

“Semua yang ada di dunia hanya pinjaman. Kita kena dengan aturan Tuhan dan saya letak semua hidup saya kepada Allah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata dan seorang anak angkat. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jula7 12-2-2026 10:29 AM
apa kes tuari ada petikan bff dia pun tak larat dah nak nasihat dia ni?
Quote batman76 12-2-2026 11:05 AM
yg dah berkawin pon bercerai skrg. makin meningkat kes penceraian. jadi jgn risau sgt kak pasal solo ni.
Quote belilies 12-2-2026 01:17 PM
Kalau sheols ni dpt kawen mmg miracle lah. Anak pun berderet.
Quote Joysparta 12-2-2026 01:56 PM
Dah berderet dah. Kena pikir pjg tu kalau nak kawen lagi
Quote tagas 12-2-2026 04:23 PM
carik penyakit la jantan yg nak tue

tak masal nak ngadap nanggung anak kauu
Quote dubuk 13-2-2026 06:55 AM
ramainya enam.. ladang yang subur

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.500396 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top