CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah beri sumbangan dana pada Najib

12-2-2026 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29010| Komen: 3

 



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku beliau mendengar perbualan sulit mengenai bekas Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah yang berhasrat memberikan sumbangan dana kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jamil Khir berkata, beliau ketika itu, berdiri dalam jarak yang dapat mendengar perbualan dan terjemahan perbualan antara mereka ketika pertemuan tidak rasmi berlangsung di istana baginda di Riyadh, Arab Saudi semasa kunjungan delegasi Malaysia pada 11 Januari 2010.

Sepanjang pengetahuannya, beliau berkata, ada beberapa sebab Raja Abdullah ingin menolong kerana mahu Najib mengekalkan kestabilan Malaysia sebagai negara Islam yang ‘moderate’, maka ia perlu diperkukuhkan melalui kedudukan dan kuasanya sebagai Perdana Menteri menjelang pilihan raya pada 2013.

 


“Kalau tidak silap saya, Raja Abdullah juga ada menyebut bahawa beliau akan menghantar sumbangan dana ini tidak berapa lama selepas dari tarikh mesyuarat tersebut dan menyebutkan saluran dana ini akan dibuat ke satu akaun persendirian Najib kerana sebab-sebab tertentu,” katanya menerusi pernyataan saksi di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Jamil Khir, 64, memberi keterangan dalam saman yang difailkan oleh SRC International Sdn. Bhd. dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn. Bhd. terhadap Najib untuk mendapatkan kembali RM42 juta yang didakwa diseleweng daripada akaun syarikat induk itu.

Jamil Khir berkata, beliau memahami perlunya dana itu disalurkan ke akaun persendirian Najib supaya memudahkan dan melicinkan perjalanan politiknya.

Ini kerana, katanya, Raja Abdullah khuatir saluran terus ke dalam mana-mana entiti atau organisasi politik akan merumitkan cara perbelanjaan dana tersebut.

“Saya mendapat tahu tentang sumbangan tersebut apabila telah dimaklumkan oleh Najib tentang sumbangan dana yang telah diterima daripada Raja Abdullah.

“Seingat saya, Najib ada membuat sumbangan dana melalui cek kepada Bahagian Perhubungan UMNO Negeri Kedah pada 2012 daripada bantuan dana yang diterima daripada Raja Abdullah,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung 2 Mac ini. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 12-2-2026 12:08 PM
ko sape?

ko bukan jasmine loo
Quote plywood 12-2-2026 04:14 PM
bolehkah dipakain cakap-cakap spt in?
Quote TeropongSenyap 12-2-2026 06:23 PM
Bila terlibat dgn politik... Susah nak percaya melainkan ada bukti

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.134982 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top