CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fail Jeffrey Epstein : Imej kain menyerupai Kiswa Kaabah undang kemarahan umat Islam

12-2-2026 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29259| Komen: 5


 



Washington: Imej menunjukkan kain menyerupai Kiswa Kaabah yang didedahkan dalam fail Jeffrey Epstein mengundang kemarahan umat Islam.

Dalam emel dikeluarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), Epstein dilihat berdiri di sisi ahli perniagaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DP World, Sultan Ahmed Sulayem sambil memerhatikan kain hitam bersulam emas yang dipercayai Kiswa.

Imej berkenaan dihantar sebagai lampiran melalui e-mel pada 8 Mei 2014 kepada Epstein dan satu lagi alamat e-mel yang disunting.

Dalam mesej sama, penghantar turut menulis komen berunsur lucah seperti, "Berhati-hatilah dengan apa yang anda fikirkan sebagai dompet gergasi dalam seluar seseorang," namun tidak jelas sama ada kenyataan itu merujuk kepada imej kain berkenaan.

Middle East Eye melaporkan, pihak berkuasa Arab Saudi yang menguruskan Masjidil Haram tidak memberi maklum balas apabila dihubungi, manakala DP World enggan mengulas.

Bagaimanapun, media tempatan turut mempersoalkan kesahihan kain dalam imej itu berdasarkan semakan pakar dalaman yang mendapati terdapat perbezaan pada saiz, bahan, sempadan dan corak sekali gus menimbulkan keraguan sama ada ia benar-benar Kiswa asli.

Minggu lepas, e-mel dalam fail Epstein mendedahkan bahawa kepingan Kiswa dihantar kepadanya melalui beberapa perantara, termasuk ahli perniagaan UAE, Aziza al-Ahmadi dan Abdullah al-Maari, pada 2017.

Difahamkan, barangan itu dihantar melalui pengangkutan udara dari Arab Saudi ke Florida menggunakan British Airways, dengan penyelarasan membabitkan invois, urusan kastam dan penghantaran ke kediaman Epstein pada Mac 2017.

Sementara itu, dalam e-mel sama, Aziza menjelaskan kepentingan kain berkenaan dengan menyatakan kepingan hitam itu disentuh sekurang-kurangnya 10 juta umat Islam daripada pelbagai mazhab ketika mengelilingi Kaabah tujuh pusingan, sambil menyimpan doa, harapan serta air mata pada kain berkenaan.

Kiswa ditukar setiap tahun pada hari kesembilan bulan Dhu al-Hijjah semasa haji dan kepingan lama dipotong kecil serta dianggap sebagai artifak berharga, sebahagiannya dipamerkan di muzium dan dihadiahkan oleh kerajaan Saudi.

Difahamkan, hubungan Sultan Ahmed dengan Epstein berlanjutan bertahun selepas sabitan 2008 Epstein kerana mengupah pelacur bawah umur, termasuk perbincangan seksual dan penghantaran pautan perkhidmatan pengiring.

Bukan itu sahaja, pendedahan e-mel juga menunjukkan Sultan Sulayem menggunakan bahasa merendahkan wanita dan membuat jenaka mengenai penganut Islam sebagai pengganas ketika membincangkan lawatan masjid di Saudi.

Sultan Ahmed adalah Ketua Pegawai Eksekutif DP World sejak 2016 dan pengerusi syarikat itu sejak 2007, yang mempunyai pelaburan di pelabuhan dan infrastruktur di seluruh dunia.



Sumber:– KOSMO! ONLINE

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 12-2-2026 01:55 PM
Takde siapa marah pun, aku tak marah pun pasal kain Kiswa tu bukan sacred pun, tiap tahun tukar and ganti kain tu.
Quote midori888 12-2-2026 02:25 PM
slavehunter replied at 12-2-2026 01:55 PM
Takde siapa marah pun, aku tak marah pun pasal kain Kiswa tu bukan sacred pun, tiap tahun tukar and  ...

kan...kain yg memang tetiap tahun diganti baru...
Quote slavehunter 12-2-2026 03:56 PM
midori888 replied at 12-2-2026 02:25 PM
kan...kain yg memang tetiap tahun diganti baru...

Yup they plan to insult Muslim tapi yang bagi pun Muslim juga, so insulting tak jadi pun.
Quote tagas 12-2-2026 04:22 PM
Umat islam bersolat mengadap kaabah as kiblat

not any related with dat kain sekadar perhiasan
Quote TeropongSenyap 12-2-2026 06:16 PM
Yg bagi pun sapa.... Tu camno

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.447887 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top