CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MyKiosk bukan projek 'gajah putih', bantu tingkat pendapatan lebih 7,000 penjaja kecil - KPKT

12-2-2026 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29061| Komen: 9

 



Putrajaya: Dakwaan bahawa projek MyKiosk sebagai 'gajah putih' adalah tidak tepat susulan ia telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan lebih 7,000 keluarga penjaja kecil di seluruh negara.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan semakan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati hingga Julai 2025, kadar pengisian MyKiosk 1.0 telah mencapai 91.75 peratus, manakala MyKiosk 2.0 pula mencapai 86.78 peratus.

"Inisiatif ini juga telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan lebih 7,000 keluarga penjaja kecil di seluruh negara dengan rekod kejayaan peniaga meraih pendapatan hingga RM30,000 sebulan," menurut kenyataan itu.

Berhubung syor penambahbaikan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung inisiatif MyKiosk, KPKT menyambut baik laporan berkenaan dan mendukung syor suruhanjaya itu untuk memantapkan tatakelola, khususnya dalam aspek kajian keperluan dan pemantauan bagi memastikan keberkesanan projek jangka panjang.

SPRM semalam mengemukakan lima syor penambahbaikan tatakelola kepada KPKT, merangkumi pelaksanaan kajian keperluan menyeluruh termasuk penilaian kebolehlaksanaan dan impak ekonomi, meningkatkan keberhasilan projek MyKiosk MADANI dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta menubuhkan unit pemantauan atau jawatankuasa khas bagi menilai keberkesanan dan pencapaian projek.

Dua cadangan lain termasuk penambahbaikan Garis Panduan Inisiatif MyKiosk MADANI dan mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Projek Pembangunan di bawah peruntukan Persekutuan yang lengkap sebagai rujukan operasi.

KPKT dalam pada itu menjelaskan bahawa walaupun dasar dan peruntukan disalurkan di peringkat Persekutuan, PBT bertindak sebagai agensi pelaksana utama yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan lokasi yang strategik, melantik peniaga yang layak dan menyelenggara fasiliti MyKiosk.

"Laporan SPRM telah mengenal pasti kelemahan di peringkat ini, khususnya ketiadaan mekanisme pemantauan yang seragam yang menjejaskan penilaian impak projek.

"Susulan itu, KPKT telah mewajibkan PBT melaksanakan kajian menyeluruh sebelum pemasangan kiosk untuk memastikan lokasi mempunyai permintaan pasaran yang tinggi, sekali gus dapat menjamin kelangsungan perniagaan melalui garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)," menurut KPKT.

Kenyataan itu memaklumkan prestasi PBT akan dinilai melalui sistem "lampu isyarat", iaitu PBT yang gagal mencapai KPI pengisian dan pengoperasian (status merah) berdepan tindakan pembatalan peruntukan, manakala PBT cemerlang (status hijau) akan menerima insentif tambahan.

Selain itu, PBT turut disaran memindahkan unit kiosk yang kurang sambutan ke lokasi yang lebih tumpuan orang ramai bagi mengoptimumkan penggunaan aset.

"Sebagai langkah proaktif menangani isu kesesuaian lokasi, KPKT juga telah memperluaskan inisiatif ini ke institusi pengajian tinggi (IPT) melalui initiatif Mykiosk@Kampus sebagai menyokong agenda keusahawanan siswa atau belia di kampus," menurut kenyataan itu.


Sumber:– KOSMO! ONLINE

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosa_canina 12-2-2026 02:37 PM
mgkin kt sesetengah tpt ok tp kt tpt haku drpd 10 kiosk tu 3 je bkk..
lain2 sendu xnmpk byg.. tukr lokasi pn sama sendu
Quote tagas 12-2-2026 04:14 PM
Edited by tagas at 12-2-2026 04:15 PM

Biasala yg bukak nya mulayu
biz acah acah

modal ciput nak huntung jotah2


hari ni buka esok tutup

esok tutup hari ni katup

tak konsisten


makanan yg di jual pun ala-ala bermusim

jenis2 viral kejap aje

hujung2 katup terusss
Quote kemaruk 12-2-2026 04:26 PM
supplier kiosk untung berapa
Quote TeropongSenyap 12-2-2026 06:09 PM
Dlm peper mmg la ckp sewaan penuh le haps. Cuba tgk betul2 kalau ada sepuluh kiosk yg buka pun setakat 3 je. Yg lain tu siang mlm tak pernah nampak ada org berniaga pun. Dulu aiol pernah tanya... Siap ada peruntukan dkt parti2 politik. Nak kiosk kena jumpa diarg
Quote Solokkk 12-2-2026 06:49 PM
Byk yg kosong.
Quote honeybee1802 12-2-2026 07:11 PM
tagas replied at 12-2-2026 04:14 PM
Biasala yg bukak nya mulayu
biz acah acah


Masalahnya yg tak pakai kiosk hari2 bukak
Quote PULANGKAN 12-2-2026 08:33 PM
rosa_canina replied at 12-2-2026 02:37 PM
mgkin kt sesetengah tpt ok tp kt tpt haku drpd 10 kiosk tu 3 je bkk..
lain2 sendu xnmpk byg.. tukr  ...

sama ngan tempat iols

mula2 ada kiosk ni, seronok la. sederet tu jadi tempat tumpuan orang jalan2. parking ada, kedai makan keliling meriah dengan pelanggan.
sebelum ni orang main pacak je khemah bersepah-sepah kat parking kereta, sekarang takde dah. semua kat kiosk

lepastu makin hari makin kurang.
sekarang pun tinggal 2-3 je yang berniaga. yang lain lebuurrr tak tau ke mana. padahal customer tetap ramai je. termasuk la iols
Quote B40tastePosh 12-2-2026 10:23 PM
Projek Kerbau Putih macam mana pula
Quote tumpanglalu74 12-2-2026 10:34 PM
1000085725.jpg

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.091888 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top