|
Pendakwah bebas PU Syed tampil memberikan teguran terhadap seorang pelakon wanita susulan tindakannya menanggalkan tudung.
Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed tegaskan menutup aurat adalah satu kewajipan bukan pilihan walaupun menjaga ibadah lain seperti solat. “Kalau ayah faham, kita tinggalkan tudung, tapi solat jaga. Alhamdulillah. Syukurlah Allah, satu tanggungjawab itu kita sempurna dengan jaga ibadah solat. “Tapi dengan kita mencabut tudung, mendedahkan aurat itu satu perbuatan yang haram yang sepatutnya kita sendiri kena faham. Bukan perlu orang lain faham. “Kita sendiri perlu tahu bahawa kefarduan yang telah ditetapkan kepada seorang Muslim yang telah akil baligh, mesti mereka menutup aurat,” katanya. PU Syed turut mempersoalkan adakah seseorang itu sanggup menanggung dosa secara berterusan apabila mendedahkan aurat kepada umum. “Jadi, sanggupkah kita menanggung dosa sepanjang masa kita dedahkan aurat tersebut, dilihat oleh orang. Dan kita rasa tak bersalah kepada Allah SWT? “Kepada adik ini, tolonglah faham mana yang perlu kita utamakan dalam hidup iaitu perintah dan larangan Allah. Itulah syarat seorang Islam. “Dan kita ni kena sabar dalam melaksanakan ibadah. Sabar ini bukan sabar kalau kena uji oleh Allah. Tapi salah satu sabar dalam melaksanakan perintah Allah. Kena sabar,” katanya. Sumber : Rotikaya
|
prince_marhaen replied at 12-2-2026 05:01 PM
Terpaling sibuk pasal artis. Seriously. Pasal kawan2 daie, PU, ustaz, penceramah, mutawif, yang kaki ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.325493 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.