CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ridzokumura Terkilan Pusara Arwah Isteri Ditabur Garam Kasar - "Saya tidak tahu apa salahnya kubur itu"

13-2-2026 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13604| Komen: 10

 



Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa terkilan apabila pusara arwah isterinya, Akiko menjadi mangsa khianat individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi hantaran di Instagram, Ridzuan memuat naik hantaran menerima pesanan ringkas serta gambar diterima daripada penjaga kubur.


Dalam perbualan mesej itu, penjaga berkenaan mendawa ada individu telah menabur garam kasar di atas rumput pusara isterinya tercinta.

Ridzuwan mendakwa tindakan berkenaan seolah mahu mematikan kesuburan rumput tersebut serta mempersoalkan apa salah rumput yang subur itu.

“Ada tangan-tangan yang tidak berperikemanusiaan menabur garam kasar di situ, seolah-olah mahu mematikan kesuburan yang Allah kurniakan.

“Saya terdiam lama. Saya tidak tahu apa salahnya kubur itu, apa dosanya rumput-rumput yang tumbuh hijau dan subur. Jika kuburnya indah, itu bukan kerana manusia—tetapi kerana rahmat Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rizduan berkata hatinya kecewa dengan perbuatan khianat tersebut serta menyerahkan segalanya kepada Allah.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AuntyZaza 13-2-2026 10:20 AM
Kepercayaan tradisi konon untuk “halau gangguan”
Quote prince_marhaen 13-2-2026 10:22 AM
Drama all the time ponen ireng ni...
Quote laksmanabentan 13-2-2026 10:26 AM
prince_marhaen replied at 13-2-2026 10:22 AM
Drama all the time ponen ireng ni...

tak habis2 kannnnnn
Quote prince_marhaen 13-2-2026 10:35 AM

Dah lah sus masa bini mati. Kau pulak sibuk update itu ini buat live bagai. Anak pun macam confused ngan kau. Datang pulak anak buah pulut kuning tu... sambung lagi live sambil2 kena hempok dengan anak otizem tu.

Quote zarulnazmi 13-2-2026 10:47 AM
Edited by zarulnazmi at 13-2-2026 10:48 AM

Carian: kesan garam kasar kepada tumbuhan di kubur.

Ikhtisar AI

Garam kasar yang ditabur di atas rumput atau tumbuhan di kubur bertindak sebagai agen perosak yang serius, bertujuan untuk membunuh kesuburan tanah dan mematikan tanaman tersebut. Garam menyebabkan tanah menjadi terlalu masin (salin), menghalang penyerapan air oleh akar, dan akhirnya menyebabkan tumbuhan kering, mati, dan menjadi perang.  
Kesan Utama Garam Kasar pada Tumbuhan Kubur:
  • Kematian Tumbuhan: Garam merosakkan akar dan menghalang fotosintesis, menyebabkan rumput atau pokok di kubur mati.
  • Tanah Tidak Subur: Taburan garam yang banyak merosakkan struktur tanah, menjadikannya toksik untuk pertumbuhan semula.
  • Tujuan Khianat: Ia sering dikaitkan dengan perbuatan khianat untuk merosakkan pemandangan atau kawasan pusara.
  • Secara ringkas, garam kasar adalah bahan yang sangat efektif untuk mematikan rumput dan tumbuhan secara cepat dan drastik di kawasan tanah perkuburan.

Quote Purestteam1 13-2-2026 11:08 AM
xpela.. bersihkan je la... xda apa² pun bolwh berlaku tanpa izinNYA
Quote alaa 13-2-2026 12:13 PM
prince_marhaen replied at 13-2-2026 10:22 AM
Drama all the time ponen ireng ni...

terbaca 'ponen girang'


Quote anarina 13-2-2026 12:18 PM
Setat dahhhhh
Quote PULANGKAN 13-2-2026 03:36 PM
zarulnazmi replied at 13-2-2026 10:47 AM
Carian: kesan garam kasar kepada tumbuhan di kubur.

Ikhtisar AI

itu la. setau iols, memang ada orang tabur garam untuk bunuh rumput liar. tapi kena tabur garam masakan la

manakala untuk suburkan tanah/ pokok. ada garam khas. kalau kat kedai baja selalu diorang sebut garam tumbuhan, garam pokok. yang ni memang elok untuk tanah, dan ada orang tabur pada pokok2 besar. maaf kalau salah. sebab iols pun tengok kedai baja, jiran buat camtu
so, dalam kes kubur arwah ni

kalau tabur garam untuk control rumput liar pun boley
or tabur garam tumbuhan untuk tanah elok pun boleh jadi, wallahualam

tapi tu la. sape pulak rajin nak rasa garam atas kubur tu. entah garam masakan ke garam pokok, aiyo
Quote sharlenetexas 13-2-2026 07:42 PM
PULANGKAN replied at 13-2-2026 03:36 PM
itu la. setau iols, memang ada orang tabur garam untuk bunuh rumput liar. tapi kena tabur garam ma ...

Epsom salt untuk pokok.


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.082569 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top