|
Sejak beberapa hari lalu drama lakonan Uqasha Senrose dan Zul Ariffin menjadi bualan ramai di media sosial dimana ramai yang terkejut dengan dialog drama berkenaan.
Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang menyifatkan drama itu tidak bermoral lebih-lebih lagi ditayangkan menjelang Ramadan. Ustazah Asma berkata dia tidak menonton drama berkenaan sebaliknya klip babak drama berkenaan muncul di media sosial serta turut berpendapat ianya memalukan dan meloyakan. “Drama tak bermoral dan ala ala ‘soft porn’ seperti ini makin menjadi-jadi, lagi bila kita sudah di ambang Ramadan, ia amat memalukan dan meloyakan. “Saya tak tengok drama ini, cuma sedutan pendeknya asyik melintas je di medsos, dengan dialog dan adegan ke arah layan bayangan ‘Bisikan Hawa Nafsu Asmara’. Sebenarnya apa mesej baik nak disampaikan?” tulisnya. Sementara itu, Ustazah Asma turut mempersoalkan tentang jalan cerita drama tersebut serta pengajaran yang diperoleh. “Nak cerita bagaimana curang dan sondol tu bermula? Nak didik masyarakat supaya jangan curang? “Atau nak bagi amaran kepada para penyondol? Atau lepas ni dua dua menyesal sebab akan ada kesudahan yang beri pengajaran? Jadi penonton kena sabar dulu? Jangan judge jangan buat kesimpulan awal dan lain-lain,” tulisnya. Dalam pada itu, Ustazah Asma berkata apa saja tujuan drama berkenaan ianya tidak menghalalkan cara apatah lagi ada melibatkan babak bersentuhan. “Dan untuk sampai kepada kesudahan dan mesej yang kamu rasa bagus itu, penerbit, pengarah, para pelakon yang muslim, yang dah faham hukum hakam bahawa Haram pegang, sentuh, peluk walau berlapik antara ajnabi (lelaki perempuan asing). “Apatah lagi tanpa berlapik dan semua ayat ayat ke arah Asmara Haram ni, semuanya adalah maksiat dan dosa. Jelasnya apapun matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang haram,” tulisnya. Sumber: Rotikaya
|

prince_marhaen replied at 13-2-2026 10:21 AM
oklah daripada ulang2 ceritsa kentut faraj...

dudaberhias replied at 12-2-2026 05:08 PM
Ahahaha khen. Lagi geli iols tengok dia duk live ulang2 cerita kentut faraj dengan tangan tunjuk f ...

lonely_classic replied at 13-2-2026 10:42 AM
Kenapa dia suka review issues macam ni? banyak lagi pressing matters yang dia boleh voice out kan
lonely_classic replied at 13-2-2026 02:42 AM
Kenapa dia suka review issues macam ni? banyak lagi pressing matters yang dia boleh voice out kan
youell replied at 13-2-2026 01:24 PM
Betul la apa yg dia tegur.. Muak betul dgn drama Melayu yg tak habis2 penyondol penyondol. Takde kis ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.158127 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.