CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Penat, Sedih Tak Berpenghujung, Rindu Yang Tak Pernah Habis” - Nabila Huda

16-2-2026 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15440| Komen: 28

 



Pelakon Nabila Huda meluahkan isi hati yang sudah lama dipendam sehingga memberi kesan terhadap emosinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia sudah penat dengan rasa sedih dan rindu yang tidak pernah berpenghujung.

“Sejujurnya saya penat, ‘fed up’ dengan rasa yang mungkin takkan pernah hilang.. Rasa sedih yang macam tiada penghujung. Rasa rindu yang tak pernah habis. 

“Saya faham ada yang cakap suruh buang ego, berdamai. Tapi ini bukan soal ego, bukan soal berdamai. Ini soal kedamaian itu datang. Tapi sementara.

“Bila seorang sahaja yang pegang, walau sekuat mana pun cuba kukuhkan, akhirnya tetap runtuh. Dan kebahagiaan itu jadi sementara lagi. Bertahun-tahun, pusing balik ke tempat yang sama,” tulisnya.

Menurut Abil lagi, dia sudah cuba menjalani kehidupan seperti biasa serta abaikan perasaan tersebut namun sukar untuk dilepaskan.

“Saya cuba hidup seperti biasa. Saya cuba untuk melangkah ke depan. Hanya hidup dengan diri sendiri, tapi rasa itu tetap ada. Untuk menanggungnya sangat berat.

“Sampai saya jadi benci nak keluar rumah. Tak nak terjumpa muka-muka yang pernah saya sayang sepenuh hati. Tapi akhirnya jadi pengkhianat dan luka yang paling dalam,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata lokasi penggambaran menjadi terapi terbaik buat dirinya serta memberikan ketenangan walaupun hanya sementara.

“Sebab itu saya hanya gembira jika di set penggambaran dan di rumah sahaja, sibukkan diri. Rasa gusar dalam diri akan hilang walaupun sementara.

“Rasa gembira, rindu, hancur, marah, sedih semua dalam satu masa. Itu semua sangat menyedihkan atau mungkin saya tidak patut berada di situ pada awalnya,” katanya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiktet 16-2-2026 12:25 PM
problem dgn laki kah?
Quote royaldanish 16-2-2026 01:29 PM

rindu ngan bapak nya....
kan she gaduh besar ngan mak tiri
memang x kasi chance terus la jumpa bapak

laki she pun lama x nampak
Quote AuntyZaza 16-2-2026 01:33 PM
kesian dia ni, dah la dia membesar bela diri sendiri.
Quote ninja boy 16-2-2026 01:37 PM
Ada family sendiri anak laki mertua seeloknya stay org yg hargai kewujudan kita
Quote Bedak_Carrie 16-2-2026 01:53 PM
Lebih kat bapak ni...
Quote babelina 16-2-2026 03:36 PM
dia g konsert ella ker.. nmpk bapak dia.. sbb ella mmg x annouce amy dtg..
tp aku tgk elok mak tiri dia jg bapak dia..nmpk bertambah muda & sihat.. laki bini elok jg bdn..
dia nie yg ntah la.. laki dia pn x nmpk dh.. skrg ngn ank dia jer..
Quote PinkyPie 16-2-2026 06:02 PM
Hadap sgt kat bapak Tu. Mak ko kan hidup lagi, tak merentan pulak.
Quote Perawankota 16-2-2026 06:25 PM
babelina replied at 16-2-2026 03:36 PM
dia g konsert ella ker.. nmpk bapak dia.. sbb ella mmg x annouce amy dtg..
tp aku tgk elok mak tiri  ...

Tiap kali tgk laki dia, mesti nmpk mcm bini yg dominan. Laki mcm menurut jer. Anyway waroeng Isabella kt Rasta tu still dorg ke owner?
Quote Chah21 16-2-2026 07:13 PM
Move on sis..  i pun move on dh 20 tahun.. xnk la berharap sangat pada org yg x anggap kita anak yg perlu ditatang hihihi.. smpai akhirnya xde pun rasa rindu.. wasep minta duit pun i delete
Quote Bedak_Carrie 16-2-2026 07:28 PM
babelina replied at 16-2-2026 03:36 PM
dia g konsert ella ker.. nmpk bapak dia.. sbb ella mmg x annouce amy dtg..
tp aku tgk elok mak tiri  ...


Kan.. Memang dengar mcm2 negetif pasal mak tiri...
Tapi ai tengok mak tiri jaga baik je bapak tu.. Nampak terurus, nampak muda bertenaga sihat, bertambah kaya dgn business mcm2 dan bertambah islamik lah jugak.
Ni apa yg kita tengok luaran lah.
Quote AWEKSAMURAI 16-2-2026 09:05 PM
Kalau ko x rasa nak berbaik dgn mak tiri ko. Maka let it go je lah bapak ko anggap lah ko ank yatim je .. itu lah yg aku buat .. nk marah mengamok pun x guna takkan nk suh bapak ko cerai mak tiri ko .. bukan ko sorang ank amy search....  Hidup dendam sgt pun x baik utk jiwa... Let it be je lah ...
Quote mizterpaling88 16-2-2026 09:40 PM
abil, ko jgn banyak fikir boleh tak. ambik la job byk2 kalau itu buat ko tenang. bila ko free je ko start meroyan.. kesian tgk tau
Quote bintangct 17-2-2026 01:12 AM
ntah la aku tak kesian pun dgn dia ni Dah masuk 40 apa lg la merengek kat org tua tu
Jaga keluarga sendiri dh ler.. ni keluarga sendiri pun mcm ntah ke mans
Quote makgetah 17-2-2026 07:39 AM
tak paham apa lagi yg dia meroyan2 kt bapak dia. bapak dia mcm tuuuuu jugak. awak pon dah dewasa and bukan tak biasa hidup sendiri, org lain bela awak dari kecik kan? awak pon dah ada laki, anak, life sendiri. ntah lah nak cakap apa lagi tak tahu. anak2 bapak ko yg lain mcm ok je idup (aku nampak luaran), mak tiri dgn apak ko elok je sorg satu fam, hepi, nampak islamic ni apa yg dorg potray kt medsos lah kan. awak hidup and bahagia cara awak bole tak? kesian lah nnt bole dpt sakit darah tinggi duk pendam2, meroyan2 camni
Quote Minami2013 17-2-2026 07:42 AM
Kesian... Moga terubat rindu tu.
Quote Kuin-Kepam 17-2-2026 07:56 AM
Cakap besor sgt kan dulu..


(Bapa saya penyanyi terkenal). Awak ada? Awak tidak ada apa-apa..



Ujung2 tak hadap pun muka ko setelah dpt lubang baru...
Quote zehra2 17-2-2026 08:56 AM
nk ramadhan ni nk raya nanti.. cuba ler barbaik² dan positif
Quote mawarberbisa 17-2-2026 09:29 AM
dia dgn shilalat sama je tak habis2 nk cerita semua benda dlm kain keluarga kat public. pusing pusing pusing sampai ajm
Quote razzia 17-2-2026 09:37 AM
makin berusia makin seksi she ni seram i all.itu la tak pula dia merentan pasal mak she all.mana mak dia??

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.071101 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top