|
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi daripada wanita yang menghantar gambar ketiak.
Memetik mStar Online, Fazley berkata dia tidak menganggap ianya sesuatu yang lucah kerana mereka mahu mendapatkan pandangan berkaitan kebersihan diri. “Saya menerima banyak DM wanita menghantar gambar ketiak dan tanya ketiak mereka bersih tak? “Saya pun tak tahu nak komen apa, DM saya memang banyak gambar ketiak yang dihantar tetapi saya lihat ia bukan satu isu seksual kerana mereka tidak bertanya soalan seksual. “Mereka hanya bertanya tapi saya tak menjawab ya atau tidak kerana isu ini sangat sensitif,” katanya. Mengulas mengenai hantarannya di Threads, Fazley berkata ianya berdasarkan kisah benar dikongsikan oleh individu lain bukan pengalamannya sendiri. “Saya tak pernah melontarkan perkara peribadi kepada umum jadi kalau saya kongsi itu bukan pengalaman sendiri. Cuma apa yang saya kongsikan tentang wanita yang saya pilih mestilah ketiak putih dan bersih itu adalah satu keperluan. “Kalau wanita pandai menjaga peribadi dalaman, luaran, fikiran dan hati, saya yakin dia juga pandai jaga kebersihan diri. Ia hanya sebuah kiasan,” katanya. Sumber: Rotikaya
|
Cuma apa yang saya kongsikan tentang wanita yang saya pilih mestilah ketiak putih dan bersih itu adalah satu keperluan.
piyek92 replied at 16-2-2026 12:22 PM
kenapa lah gambar pos macam tu

supernaturalee replied at 16-2-2026 03:11 PM
lentik khannnnnnnnnnnn???



seibei replied at 17-2-2026 12:48 AM
hahaa... xbole blah la pose melentik

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043202 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.