|
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai bahawa hanya bunga api jenis 'Pop-Pop' dan 'Happy Boom' dibenarkan untuk dijual serta dimainkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kebenaran itu diberikan kerana kedua-dua jenis bunga api berkenaan tidak mengandungi bahan bakar yang boleh membahayakan keselamatan umum. Bagaimanapun, beliau menegaskan penjualan kedua-dua jenis bahan itu masih tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan mengikut spesifikasi ditetapkan. "Sesiapa yang memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun serta bunga api selain daripada yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207). "Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan, hari ini. Dalam pada itu, Fadil turut memberi amaran keras agar aktiviti bermain bunga api tidak dilakukan melebihi jam 12 tengah malam sehingga mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada umum. Katanya, individu yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 366) serta Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman sama iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. "PDRM menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya. Sumber: Harian Metro
|

ninja boy replied at 16-2-2026 01:04 PM
Motif main pop2 happy boom spt kanak2 perempuan?



airfilterkotor replied at 16-2-2026 11:17 AM
Dah dua malam bunyi boommmmmm kuat bertali arus jek kat sini. Tapi sekejap jer la.
Tak ganggu jiran ...
wirazam replied at 16-2-2026 02:02 PM
pop-pop dan happy boom...
tunggu lagi sebulan lebih, masa tu semua jenis makneka mercun ada....kal ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045502 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.