CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemecatan Hamzah: 'Biar diorang gaduh dulu' - Anwar Ibrahim

16-2-2026 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21050| Komen: 7

 



Johor Bahru : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu masuk campur dalam isu membabitkan pemecatan bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, buat masa ini.

Beliau juga enggan mengulas mengenai keperluan pelantikan jawatan Ketua Pembangkang baharu selepas Hamzah yang memegang jawatan itu dipecat keahliannya daripada parti BERSATU, Jumaat lalu.

"Biar diaorang bergaduh dulu," katanya ringkas ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Presiden bersama PKR Negeri Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita PKR yang juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Setiausaha MPN PKR Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, keputusan memecat Hamzah diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti itu.

Hamzah dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti itu yang dijadual berlangsung di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.

Lembaga Disiplin BERSATU dalam notis panggilan sebelum ini memaklumkan Hamzah dipanggil terkait isu kritikan dan serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta rundingan membabitkan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Anwar tiba di majlis berkenaan, kira-kira jam 2.20 petang, disambut dengan laungan 'reformasi' oleh lebih 1,000 ahli parti berkenaan.

Ditanya apa intipati ucapan beliau kepada pimpinan PKR Johor pada majlis berkenaan, Perdana Menteri itu berkata, pimpinan PKR Johor harus terus kuat bekerja sebagai satu pasukan.

"Kuat kerja, kerja kuat sebagai satu pasukan," katanya.

Semalam, Anwar turut hadir pada majlis yang sama di Perak, manakala di Kedah, sehari sebelumnya.

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 16-2-2026 12:09 PM
Taknak pecat rafizi ke
Quote silance 16-2-2026 01:32 PM
Ni kalu bubar parliament serta merta, boleh menang pru.
Quote Purestteam1 16-2-2026 04:03 PM
ahak.. nampak pkr pun mcm ada tapinx expose ... dap gak nampak ok je ngan pan
Quote Skuau 16-2-2026 06:45 PM
silance replied at 16-2-2026 01:32 PM
Ni kalu bubar parliament serta merta, boleh menang pru.

bebas ada,pas ada,psm ada...apa nak pening
Quote Firenzza 16-2-2026 07:20 PM
Tang lapiji buat demo turun azzam belen dia ni xnk komen ke?
Quote stingerkaypoh 16-2-2026 11:27 PM

[twitter]https://twitter.com/adamyusuf88/status/2023379968743657935?s=61[/twitter]

Quote AnnaSendin 17-2-2026 11:16 AM
Motip tanya bangnon? Bukan ahli parti heols pon, koserr puleks heols nak layan.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.032406 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top