CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ieda Moin terkedu ditawar bayaran rendah macam pelakon ekstra - "Mereka nak bagi 'daily paid' (bayaran harian) RM800 untuk dua episod"

16-2-2026 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21930| Komen: 14

 



Pelakon dan penyanyi, Ieda Moin memaklumkan mahu serius menceburi bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan.

Ieda atau Siti Haida Abd Moin, 47, berkata dia bagaimanapun akan terus berlakon kerana ia adalah platform untuknya mendekati peminat.

"Untuk jadual awal tahun ini, mungkin penerbit masih menyusun kalendar dan saya sedang tunggu tawaran berlakon.

"Sebenarnya ada juga yang panggil saya berlakon, namun saya terkedu kerana ditawarkan harga yang tidak masuk akal. 

"Bayangkan bayaran yang akan diberikan sangat rendah seolah-olah taraf saya seperti pelakon ekstra," katanya ketika ditemui hadir pada majlis Preview Set Berbuka Ramadan di sebuah restoran, di sini, baru-baru ini.

Ieda mengakui terkejut dengan tawaran ini dan menyoal pengurus produksi sama ada dia baru memegang jawatan itu.

"Sebab memang bukan harga saya. Malah, saya sanggup tak ada 'job' daripada turunkan harga seteruk itu. Mereka nak bagi 'daily paid' (bayaran harian) RM800 untuk dua episod. Tak boleh!

"Selalunya kita artis dipanggil untuk supporting (watak pembantu), dia akan buat bayaran per episod atau bergantung pada babak.

"Saya tanya, programnya satu jam atau setengah jam? Dia kata satu jam. Tapi ada macam drama dalam program. Jadi bila dia kata satu hari kita boleh shoot dua episod untuk cerita setengah jam, takkanlah saya nak ambil," katanya.

Katanya, dia mempunyai kadar harga sendiri untuk penggambaran selama 30 minit dan satu jam.

Dalam perkembangan berkaitan, Ieda membayangkan akan membuka francais Seoul Garden Korbi Grill berikutan sambutan hebat diterima daripada pelanggan. 

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zirara99 16-2-2026 12:16 PM
Faham legend tapi kena ikut trend semasa kot. Maksudnya, kalau market skrng memerlukan orang macam sepiah barkobar tu baru viewers naik mungkin ok la nak demand. Tapi kalau acik
ida mampu meyakinkan producer yg dia mampu tarik viewers macam patah amon dan barkobar baru la mereka berani nak bayar dgn kadar sendiri macam waktu tgh top dulu. Bila dah tak famous ni dah tak boleh memilih lain la faizal husin makin tua makin diminta. Acanerr eh faham2 sendiri la.
Quote piyek92 16-2-2026 12:19 PM
2hari rm800..shot berapa minit je scene???? ok lah tu kot
Quote slyfynx 16-2-2026 07:26 PM
Bukan bayaran 800 utk dua episod kan
Sehari 800
Jap, cikgu yang org komen konon2 byk gaji tu pun sehari baru 300++
Quote makadek 16-2-2026 08:57 PM
sesuai la ng ko ...ko pn bkn pemes  tk lawa laktu
Quote shernazz 17-2-2026 10:44 AM
Bior la..dia nak jaga bayaran dia
Baek ko buka je seoul garden tu..
Ape beza ek korbi grill n seoul garden yang biasa tu ek?
Quote red_velvet 17-2-2026 11:03 AM
Berlagak pulak.. Sauk je la, demand sangat pun orang menyampah nanti.. Lagi pun ko bukan main actor pun.. Nanti betul2 langsung takde job pandai pulak menangis2 mintak di bagi job
Quote pocongkiutss 17-2-2026 11:05 AM
Kalau meols dh bersukor dh..
Quote Tinot7 17-2-2026 11:21 AM
Recording utk 2 episod tu baper lama? Baper hari? Sehari rm800 betui la tu.. rasanya extra kena bayaq sikit jahh.. mana la ekstra dpt bayaran byk tu..
Quote AnnaSendin 17-2-2026 11:22 AM
Sheols espiyem sajork nak demand gaji master. Dah lah tak laku, lawak pon melatah sajork.
Quote asfaz 17-2-2026 11:30 AM
makadek replied at 16-2-2026 08:57 PM
sesuai la ng ko ...ko pn bkn pemes  tk lawa laktu



Macam la dia pernah jadi heroin filem or drama meletop kan
Quote supernaturalee 17-2-2026 11:37 AM
muncul pun sekadar huha huha yg kdg ape mesejnya pun tak sampai

ko dulu pun tak femes mana

sekarang lagi lah dgn dak2 baru makin ramai muncul dgn stunt yg bebukan demi nk naik nama, naik followers; so that producer ambik dorg berlakon walau ponn talentnya alahai

grab je peluang yg ada sisturrr



btw lagu duet die dgn adik dia hari2 dengar dlm van kilang zaman keje lps spm dulu

sedap tp naik muak weyhhh


"shooowappp my bebeh

shoooowapp my bebeh"


gitulah lebih kurang bunyi lagunya
Quote balakkampung 17-2-2026 01:28 PM
tapi lakonan dia best, suka tengok dia berlakon dalam Presiden Kampung Morten
Quote vender 17-2-2026 02:54 PM
X lawa gemoj berlakon pun bingit. Bersyukur la dpt 800 sehari..berapa jam je pun bekerja nya..hadoi...
Quote scarflicious 17-2-2026 03:11 PM
owh sbb tu x ada lagi tawaran berlakon

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.042823 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top