CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

18 tahun terkandas di Lombok: Bukan saja tiada telefon, nak dapatkan 20 sen sehari pun susah

16-2-2026 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23840| Komen: 24

 


Kuala Lumpur: "Selepas belasan tahun terpaksa menahan kesakitan akibat didera suami, saya bersyukur dapat kembali ke kampung halaman," kata Norida Akmal Ayob, 45, yang berjaya dibawa pulang ke tanah air, semalam selepas 18 tahun terkandas di Lombok, Indonesia dan terpisah dengan keluarga, di sini.

Menceritakan pengalamannya, Norida berkata, dia pergi ke Lombok ketika Ramadan 2007 selepas diminta suaminya untuk mengikutinya balik ke kampung halamannya di Kampung Dusun Bajo, di sana.

"Sebelum ini, saya berkahwin dengan suami di Thailand pada 2005 dan anak sulung kami lahir pada tahun sama. Suami kemudian balik ke Lombok bagi menguruskan pengebumian bapanya.

"Suami kemudian minta saya pergi ke Lombok sebelum saya dan anak (Nur Fatin Akmadiana, kini berusia 20 tahun), datang ke sana seperti diminta suami," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. 

Norida berkata, pada mulanya, dia menjalani kehidupan seperti biasa sebagai suri rumah di Lombok dan melahirkan anak kedua, Mohamad Sabani Danial, pada 2008. 

"Penderitaan saya bermula apabila suami mula pamer perangai sebenarnya yang panas baran dan kaki pukul. Dia kerap pukul dan tendang saya sehingga saya cedera.

"Malah, suami juga pernah 'tertangkap' curang dengan saya. Saya terpaksa bertahan dalam perkahwinan itu demi anak-anak," katanya.

Menurutnya, dia mengetahui dirinya dicari ahli keluarga selepas dimaklumkan oleh jirannya yang melihat hantaran dimuat naik sepupunya, Mohd Shahnizam Basri, 41, di Facebook.

"Saya mula berhubung dengan sepupu menggunakan telefon jiran memandangkan saya tiada telefon ketika itu.

"Jangan katakan telefon, nak dapat wang 1,000 Rupiah (0.23 sen) pun susah. Saya hidup bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami," katanya. 

Norida berkata, dia meminta tolong kepada sepupunya untuk membawanya serta anak balik ke Malaysia selepas dia bercerai dengan suami tahun lalu.

"Saya buat keputusan untuk bercerai selepas anak-anak sudah besar. Disebabkan itu juga, saya mahu kembali ke tanah air yang saya sentiasa rindukan selama ini.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, pihak Jabatan Imigresen Malaysia serta Indonesia selain pihak kedutaan kedua-dua negara.

"Atas usaha mereka, saya dan anak, Nur Fatin (Akmadiana) dapat kembali ke tanah air, manakala anak kedua tinggal bersama bapanya di Lombok," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Norida selamat dibawa pulang ke tanah air, semalam, selepas 18 tahun terpisah daripada keluarganya.  

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 16-2-2026 11:40 AM
Maaf nak tanya mangsa yg mana satu. Cara cerita iols imagine kurus kering tak cukup makan baju lusuh semua gitu. Ni semua mcm cukup je semua kecuali part kena pukul laki tu la.
Quote afie_m 16-2-2026 11:48 AM
kesian dekat anak, dari segi pelajaran..
Quote hasniey 16-2-2026 11:49 AM
Samerosie replied at 16-2-2026 11:40 AM
Maaf nak tanya mangsa yg mana satu. Cara cerita iols imagine kurus kering tak cukup makan baju lusuh ...

Mangsa baju kuning.anaknya baju putih
Aah nmpk elok je kan.maybe makan cukup la kot,dah dia yg msk kt rumah.tp mkn hati suami kaki pukul+curang
Quote piyek92 16-2-2026 12:17 PM
kok ngawinin orang kanoha..udah abihkah jejaka malaya
Quote tahanie 16-2-2026 12:27 PM
Muda lagi. Harap kalau berjumpa jodoh tak beranak lagi
Quote Dalcott 16-2-2026 12:50 PM
smlm dlm berita dah cara ckp pun mcm org sane. kesian.
Quote supernaturalee 16-2-2026 12:51 PM
ada 3 thread yang sama


ko dah kenapaaaaaaa

Quote ninja boy 16-2-2026 01:16 PM
Janji ada kerja ada gaji
Quote Skuau 16-2-2026 01:23 PM
gomen kena scam........Nampak sgt muka indon.Nampaknya indon dh tukar MO.Menyamar wanita Msia 'dibawa lari' ke lombok....apa punya gomen..kena scam ngn indon
Quote silance 16-2-2026 01:25 PM
Sejak kena blocked 3 hari bulan lepas, ndon tu dah tak de nampak posting.
Quote AuntyZaza 16-2-2026 01:29 PM
betul ke malaysian ni
Quote prince_marhaen 16-2-2026 02:33 PM
Hadap lagi kotey lombok kan... bertahan sebab anak katanyaaaa.... hujung2 merempat minta tolong gomen jugak.. sah2 dapat passport percuma tu..
Quote cmf_PariS 16-2-2026 03:50 PM
demi anak2.. tp tinggal sorg anak kt sana ok pula? mentaliti begini mmg menyusahkan
Quote gigahertz 16-2-2026 04:09 PM
prince_marhaen replied at 16-2-2026 06:33 AM
Hadap lagi kotey lombok kan... bertahan sebab anak katanyaaaa.... hujung2 merempat minta tolong gome ...

Duduk sana tanah sendiri keje kampung. balik malaysia atas bawah depan belakang kena cukai.
Quote sukacactus 16-2-2026 04:48 PM
prince_marhaen replied at 16-2-2026 02:33 PM
Hadap lagi kotey lombok kan... bertahan sebab anak katanyaaaa.... hujung2 merempat minta tolong gome ...

Ank yg sulong lahir malaysia, so warganegara sini
Ank no 2 lahir di tanah konoha, so org sana tgl sana la
Quote epysha 16-2-2026 04:53 PM
mesti anak no.2 tu kepengen mau tinggal di malay jugekk
Quote yururi 16-2-2026 05:51 PM
Yg acik baju kuning ok la nampak melayu. Tapi yg tukang sambut tu sume nampak air muka indon sgt
Quote TOPwind 17-2-2026 08:38 AM
nak dapatkan 20 sen sehari pun susah


amboi! komen pun dah mcm Indon, darah pun dah tukar darah Indon


Perangai pun 100% Indon,


sepatutnya ceklah DNA dia ni.


apam pun bau Indon
Quote Minami2013 17-2-2026 09:03 AM
Sebab bercerai kot baru nk blk. Bukan la terkandas pun agaknya.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.138618 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top