CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hubungan Rebecca Nur Al-Islam, bekas suami kekal baik demi anak

16-2-2026 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23318| Komen: 3

 



Pelakon Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 40, menyifatkan bekas suami, Datuk Norazam Sulaiman sebagai seorang bapa yang baik sekali gus bertanggungjawab kepada anak-anak meskipun mereka sudah bercerai.

Menurut Rebecca, keputusan untuk bercerai hampir setahun lalu dibuatnya selepas berbincang dengan anak-anak kerana mengambil kira penerimaan mereka termasuk mengutamakan kesihatan mental.

"Saya dan bekas suami masih menjalin hubungan baik demi kegembiraan dan kebahagiaan anak-anak kami. Lagi pula, dia pun seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab. Kami tak ada gaduh-gaduh.

"Dia (bekas suami) sayang pada anak-anak. Saya pun sebelum bercerai dengan bekas suami, kita memanggil anak-anak beritahu mereka untuk saya buat keputusan pergi ke mahkamah syariah dan berpisah.

"Saya juga ketika itu tidak mahu sesiapa tahu (mengenai perceraian). Sebab menjaga emosi anak-anak kerana mereka semua di sekolah glamor (dikenali rakan). Jadi, minda anak-anak saya perlu dijaga.

"Sebagai ibu, menjaga minda anak-anak itu sangat penting. Jadi, saya panggil mereka untuk luahkan semua kenapa hendak bercerai? Mula-mula memang anak-anak sedih, tetapi akhirnya mereka boleh terima," katanya.

Rebecca yang sudah lama tidak berlakon memaklumkan dia masih berkhidmat sebagai ejen insurans sebagai pendapatan bagi diri sendiri serta menyara keluarga.

"Saya masih lagi terikat berkhidmat sebagai ejen insurans sebab syarikat terbabit milik keluarga iaitu abang sulung saya yang sebelum ini diusahakan bersama Allahyarham isterinya.

"Alhamdulillah, saya bekerja dengan agensi insurans abang sendiri untuk bersama-sama membantu dia. Jadi, apa yang boleh saya katakan, kita hanya meneruskan sahaja legasi berkenaan," katanya.

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-2-2026 02:18 PM
Gambar tutup mulut pun boleh dengar bingit dia... hahahaha
Quote supernaturalee 16-2-2026 04:40 PM
Saya juga ketika itu tidak mahu sesiapa tahu (mengenai perceraian). Sebab menjaga emosi anak-anak kerana mereka semua di sekolah glamor (dikenali rakan). Jadi, minda anak-anak saya perlu dijaga



halah halahhhh
Quote vender 17-2-2026 02:50 PM
supernaturalee replied at 16-2-2026 04:40 PM
halah halahhhh

Anak2 dia semua rupa biasa2 je takde yg extraordinary pun..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.122164 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top